Khamis, 18 Oktober 2012

Pengambilan Konstabel Sukarelawan Simpanan PDRM

Pengambilan Konstabel Sukarelawan Simpanan PDRM

Jawatan Konstabel Sukarelawan Simpanan Polis Lelaki /Wanita
Rujukan: KPN 140/3.

Elaun Penugasan - RM 6.00 Sejam.

Syarat Skim Perkhidmatan

•      Warganegara Malaysia.
•      Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh temuduga.
•      Kelayakan:
-      Lulus SRP/PMR.
-      Mendapat kelulusan dan kebenaran dari Ketua Jabatan/ Majikan untuk berkhidmat sebagai Sukarelawan Simpanan Polis.
-      Bersih daripada sebarang tapisan rekod keselamatan.
-      Tidak menjadi ahli anggota lain-lain badan beruniform yang boleh dikerah tenaga di dalam keadaan darurat.
•      Pengawal Keselamatan/Jaga yang bertugas dengan Kerajaan/Badan Berkanun tidak layak memohon.
•      Sila sertakan 1 salinan kad pengenalan/Sijil Kelahiran, Sijil Akademik, Sijil Berhenti Sekolah/Tamat Sekolah dan kad pengenalan ibubapa/Sijil Warganegara ibubapa.
•      Perkhidmatan Sukarelawan Simpanan Polis adalah tertakluk kepada jadual perintah/peraturan/kaedah PVR Regulations 1956, Akta Polis 1967 (Akta 344) dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian A 502.

Kelayakan Fizikal

Pemohon-pemohon hendaklah mempunyai ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-

•      Tinggi sekurang-kurangnya Lelaki :162 cm, Wanita : 152 cm
•      Berat badan sekurang-kurangnya Lelaki : 50 kg, Wanita : 48 kg
•      Ukuran dada 81 cm biasa, ukuran dada 86 cm tarik nafas (Lelaki sahaja);
•      Mempunyai penglihatan yang baik;
•      Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat. DAN;
•      Diakui sihat oleh Pegawai Perubatan Kerajaan termasuk pemeriksaan X-Ray.

Cara Memohon

#       Eksesais pengambilan akan dijalankan secara TEMUDUGA TERBUKA Di Seluruh Negara Dari 19 Oktober Hingga 23 Oktober 2012 Bermula Jam 7.15 Pagi Hingga 1.00 Petang.

#       Borang permohonan boleh didapati di setiap IPD berdekatan.


Senarai Pusat-pusat temuduga terbuka adalah seperti berikut:-

1.      Kontinjen Kuala Lumpur
Tel : (03-2146 0522)
-      IPK Kuala Lumpur

2.      Kontinjen Selangor
Tel : (03-5514 5222)
-      IPD Shah Alam
-      IPD Sepang
-      IPD Gombak

3.      Kontinjen Johor
Tel :(07-2254422)
-      IPK Johor
-      IPD Kluang
-      IPD Muar

4.      Kontinjen Pulau Pinang
Tel : (04-222 1522)
-      IPD Timur Laut
-      IPD Seberang Perai Selatan

5.      Kontinjen Kedah
        Tel : (04-774 1222)
-      IPD Kuala Muda
-      IPD Langkawi
-      Sekolah Latihan Polis Anak Bukit, Alor Star

6.      Kontinjen Perak
Tel : (05-245 1222)    
-      IPD Daerah Batu Gajah
-      IPD Manjung
-      IPD Perak Tengah
-      IPD Tapah
-      IPD Teluk Intan
-      IPD Sungai Siput
-      IPD Taiping
-      IPD Kerian
-      IPD Pengkalan Hulu

7.      Kontinjen Sabah
        Tel : (088-450 222)
-      IPD Kota Kinabalu
-      IPD Tawau
-      IPD Sandakan
-      IPD Keningau
8.      Kontinjen Sarawak
Tel : (082-245 522)    
-      IPD Miri
-      IPD Kuching
-      IPD Lawas
-      IPD Limbang

9.      Kontinjen Pahang
Tel : (09-590 2222)    
-      IPK Pahang
-      IPD Temerloh
-      IPD Bentong
-      IPD Pekan
-      IPD Jerantut

10.    Kontinjen Kelantan
Tel : (09-7455 622)
-      IPK Kelantan
-      IPD Machang
-      IPD Kuala Krai

11.    Kontinjen Negeri Sembilan
Tel : (06-768 2222)    
-      IPD Seremban
-      IPD Kuala Pilah

12.    Kontinjen Terengganu
Tel : (09-635 4722)    
-      IPK Terengganu
-      IPD Dungun
-      IPD Besut

13.    Kontinjen Melaka
Tel : (06-285 4222)    
-      IPD Melaka Tengah

14.    Kontinjen Perlis
Tel : (04-908 2222)
-      IPD Padang Besar
-      IPD Arau
-      Sekolah Latihan Polis Kuala Perlis


* Sebarang kemusykilan, sila hubungi talian yang tertera di atas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan