Rabu, 5 Disember 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

Bil
Jawatan
Gred
Taraf Jawatan
1.
Pegawai Penerbitan
N41
Tetap
2.
Pegawai Kewangan
W41
Sementara
3.
Penolong Akauntan
W27
Sementara
4.
Pembantu Akauntan
W17
Sementara


Maklumat Terperinci Dan Syarat-Syarat Kelayakan

Maklumat terperinci mengenai semua jawatan dan syarat-syarat kelayakan untuk memohon jawatan di atas boleh diperolehi melalui laman web http://www.umk.edu.my

Cara Memohon

Borang permohonan boleh diisi secara online di http://jobs.umk.edu.my/ (Pemohon tidak perlu menghantar salinan hardcopy borang permohonan).

Tarikh Tutup Permohonan : 15 Disember 2012

Keterangan Am

a)     Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.
b)     Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMK dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.
c)     TEMPOH SAHLAKU permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan