Isnin, 10 Disember 2012

Taklimat Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)

•      Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan gaduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

•      Tempoh pelaksanaan program SL1M adalah minimum 8 bulan dan maksimum selama 1 tahun.

•      Peserta program akan menerima elaun sekurang-kurangnya RM1,000 (minimum) dan elaun akan dibayar terus kepada peserta oleh syarikat-syarikat yang terlibat sepanjang tempoh latihan.

Kelayakan Peserta Program

•      Graduan mestilah warganegara Malaysia dan tiada had umur yang ditetapkan untuk penyertaan SL1M 2012. Terdapat 3 kriteria asas penting yang perlu diambil kira dalam pemilihan peserta iaitu:
-      Graduan dengan kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dari Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara;
-      Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat atau 6 bulan selepas menerima transkrip peperiksaan; dan
-      Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima (underemployed).

Struktur Latihan – Soft Skill Straining & On-Job-Training

•      Peserta perlu menjalani sekurang-kurangnya 2 bulan soft skills training dan 6 bulan on-job-training di setiap syarikat yang terlibat. Peserta akan dibantu oleh syarikat untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.

•      Terdapat 5 komponen utama yang perlu diberi penekanan untuk meningkatkan tahap kecekapan dan daya saing yang tinggi di kalangan gradúan serta menjadi pekerja yang lebih kompeten dan berkeyakinan iaitu:

1.   Communication;
2.   Creative & Analytical Thinking;
3.   Organisational Adaptability;
4.   Value Driven Professional; and
5.   Grooming & Etiquette.


SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT LANJUT TENTANG SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) BOLEH HADIR KE TEMPAT DAN MASA SEPERTI BERIKUT :-

Tarikh
:
15 Disember 2012 (Sabtu)
Masa
:
10:00 Pagi
Tempat
:
Dewan Konvensyen, 
Kelantan Trade Centre (KTC), 
Kota Bharu, Kelantan
Taklimat SL1M Kepada Majikan Dan Peserta Employability Dan Para Graduan akan disampaikan Oleh: YBrs Pn. Hjh. Norashikin Bt. Datuk Hj. Ismail, Ketua Sekretariat Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri



1 ulasan:

  1. saya pemegang diploma.layak ke menyertai.,bt msa sekarang saya kerja IBS installer..

    BalasPadam