Ahad, 3 Februari 2013

Kekosongan Jawatan Di Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Kekosongan Jawatan Di Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia, telah ditubuhkan pada Julai 1994. ia bertujuan menyelaraskan aktiviti pembinaan yang difokuskan kepada tiga program utama iaitu Pembangunan Personel Binaan, Pembangunan Teknologi Binaan dan Pembangunan Bisnes Binaan. Sejajar dengan peningkatan aktiviti pembinaan, kami menjemput Warganegara Malaysia yang berkelayakan, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan, berminat dan
berdedikasi untuk mengisi jawatan berikut :-

Penolong Akauntan Gred W27 (Kontrak)



Kelayakan Minimum

i)      Diploma dalam bidang pengajian perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institut-institut pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
ii)     Licentiate of Chartered of Secretaries and Administrations of United Kingdom dalambidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf yang setaraf dengannya.
iii)     Lulus Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon :

a)     Permohonan hendaklah dibuat melalui: www.jobsmalaysia.gov.my
b)     Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 FEBRUARI 2013
c)     Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temu duga;
d)     Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya;
e)     Pihak Lembaga tidak akan bertanggungjawab atau menanggung segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan ini.

Tarikh tutup permohonan: 15 FEBRUARI 2013

1 ulasan: