Selasa, 5 Februari 2013

Temuduga Terbuka Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29

Temuduga Terbuka Tapisan Pertama Bagi Mengisi Jawatan Kosong Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Sambilan Berelaun) Di Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan, Pejabat SUK Kelantan Dan Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan.


Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan mempelawa WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk menghadiri temuduga terbuka tapisan pertama bagi jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 ( sambilan berelaun ) yang akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh/Hari
Waktu Temuduga
Tempat Temuduga
02 Rabiul Akhir 1434H/
13 Februari 2013M
Sesi I : Pagi
9:00 Pagi hingga 12:00 Tengahari

Sesi II : Petang
2:00 Petang hingga 5:00 Petang

Makmal ICT,
Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, Aras 2, Blok 6, Kompleks Kota Darul Naim.

09 Rabiul Akhir 1434H/
20 Februari 2013M
13 Rabiul Akhir 1434H/
24 Februari 2013M

Jawatan :

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred F29 (Sambilan Berelaun)

Syarat Lantikan :

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut :
a)     Warganegara Malaysia;
b)     Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan;
c)     Diploma dalam bidang Sains Komputer atau Teknologi Maklumat yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
d)     Diploma dalam bidang Kejuruteraan Elektronik ( Komputer ) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi-institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
e)     Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu ( termasuk lulus Ujian Lisan ) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Perkara Yang Perlu Dibawa Semasa Sesi Temuduga

i)      Pemohon hendaklah membawa bersama resume yang lengkap dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport beserta salinan sijil-sijil akademik dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan.
ii)     Dokumen-dokumen sokongan hendaklah dikepilkan dengan resume mengikut susunan berikut:-
a.     Salinan Kad Pengenalan pemohon;
b.     Salinan Surat Beranak pemohon;
c.     Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
d.     Salinan Diploma berserta transkrip;
e.     Pengiktirafan kelayakan Diploma/Sijil daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya pemohon adalah pelajar lepasan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS); dan
f.     Lain-lain dokumen sokongan

Peringatan

Calon-calon adalah diingatkan agar tiba awal pada hari temuduga. Segala perbelanjaan berkaitan dengan urusan temuduga ini adalah di atas pembiayaan calon-calon sendiri dan tidak akan ditanggung oleh kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan