Khamis, 4 April 2013

Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan Kosong Di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Jawatan Kosong Kerajaan 2013 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah seperti berikut :

Bil
Jawatan
Gred
Jumlah
1.
Pegawai Penyelidik
Gred Q41
(1 Kekosongan)
2.
Pegawai Tadbir
Gred N41
(1 Kekosongan)
3.
Pengawal Keselamatan
Gred KP11
(35 Kekosongan)
4.
Pekerja Awam
Gred R1
(2 Kekosongan)


Panduan Permohonan

i)      Permohonan adalah secara menghantar resume yang lengkap seperti perkara-perkara berikut: (Tidak perlu mengisi borang permohonan secara online. )

-      Nama jawatan yang dipohon
-      Nama penuh dan nombor kad pengenalan
-      Gambar pemohon
-      Jantina dan taraf kewarganegaraan
-      Nombor telefon dan emel
-      Alamat
-      Kelayakan akademik
-      Pengalaman kerja
-      Kemahiran yang dimiliki

ii)     Pemohon juga mestilah menyertakan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan :

-      Salinan Kad Pengenalan
-      Salinan sijil-sijil persekolahan dan kelayakan akademik yang dimiliki
-      Salinan sijil-sijil penghargaan (jika ada)
-      Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan (jika ada)
-      Salinan Buku Perkhidmatan dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (3 tahun terkini bagi yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan)

iii)     Resume dan lampiran-lampiran yang telah disusun dan dikepilkan hendaklah dihantar ke alamat:

Unit Perjawatan
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar
Tingkat 1, Bangunan Canselori
Universiti Pendidikan Sultan Idris
35900 Tanjong Malim, Perak

#     Sila catatkan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat. Hanya permohonan yang lengkap dan diterima sebelum/pada tarikh tutup permohonan sahaja akan diproses. Jika pemohon tidak menerima sebarang pemberitahuan dalam tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan, sila anggap permohonan adalah tidak berjaya.

#     Sila hubungi Bahagian Sumber Manusia  di talian 05-4506328 (Pn. Nur Ashikin, En.Mustafa, Cik Norlina) / 6338 ( Pn. Murni) / 6340 (En. Nurul Ashikin) atau e-mel myjob@upsi.edu.my untuk pertanyaan.

Tarikh Tutup Permohonan: 8 April 2013

Tiada ulasan:

Catat Ulasan