Rabu, 15 Mei 2013

Jawatan Kosong Di Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara

Jawatan Kosong Di Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara

Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi adalah dipelawa untuk berkhidmat di Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara bagi jawatan-Pegawai Penyelidik Gred Q41.

Jawatan

Pegawai Penyelidik Gred Q41 (2 Kekosongan)

i.      1 kekosongan di Pusat Benih Beseri, Perlis
ii.     1 kekosongan di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Ibu Pejabat LKTN, Kelantan


Cara Memohon

i)      Pemohon hendaklah mengemukakan permohonan dengan mengisi Borang LKTN Perj. 2 (Pin. 1/2011). Borang permohonan boleh diperolehi menerusi mana-mana cara berikut ;

a)     Dari Ibu Pejabat Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara, Jalan Sultan Yahya Petra, 16150 Kubang Kerian, Kota Bharu. Kelantan ; atau
b)     Memuatturun dari laman web kami di www.lktn.gov.my

ii)     Borang permohonan LKTN Perj. 2 (Pin. 1/2011) yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan bersama salinan sijil-sijil akademik, resume, hasil penyelidikan/laporan/sumbangan dan sebagainya.

iii)     Tulis nama jawatan yang dipohon di sudut atas kiri sampul surat dan satu sampul surat (9 X 4) beralamat sendiri beserta stem.

iv)    Alamatkan borang permohonan kepada:

Ketua Pengarah
Lembaga Kenaf Dan Tembakau Negara
Peti Surat 198
15720 Kota Bharu
Kelantan

v)     Tarikh iklan tutup : 21 Mei 2013 (Selasa)

vi)    Pemohon dikehendaki membawa bersama sijil/dokumen asal beserta salinan-salinan fotostat sekiranya dipanggil menghadiri temuduga.

vii)    Pegawai kerajaan yang dipilih untuk menghadiri temuduga hendaklah membawa bersama dokumen-dokumen berikut:
a)     Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini
b)     Laporan Penilaian Prestasi Tahunan Bagi Tiga (3) Tahun Terakhir

viii)   Sekiranya pemohon tidak dipanggil untuk menghadiri temuduga dalam tempoh tiga bulan dari tarikh iklan ditutup, permohonan adalah tidak berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan