Ahad, 9 Jun 2013

Aktiviti Client Account Pencari Kerja dan Saringan (Screening)

Aktiviti Client Account Pencari Kerja dan Saringan (Screening)

Pusat JobsMalaysia Kota Bharu dengan kerjasama majikan-majikan akan mengadakan Aktiviti Client Account Pencari Kerja dan Saringan (Screening) bagi tujuan pengurusan temuduga dan penempatan pencari-pencari kerja.

Aliran Proses Kerja adalah seperti berikut :-

1
Menerima maklumat pencari kerja daripada borang JMC-MPK1 yang dihantar melalui email (jmckotabharu@gmail.com atau jmckotabharu@mohr.gov.my
2
Membuka kad JOBSMY 1 (Client Account Pencari Kerja
3
Menyemak senarai kekosongan jawatan dan kriteria-kriteria calon yang diperlukan oleh majikan
4
Membuat saringan calon berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan majikan
5
Memanggil calon hadir ke JMC untuk menjalankan saringan awal yang lebih terperinci (jika perlu)
6
Menyerahkan senarai calon-calon yang melepasi proses saringan kepada majikan untuk dipilih menjalani temuduga
7
Pengurusan Temuduga
-    Calon Saringan
-    Calon Walk In
8
Mengemaskini penempatan calon berjaya dalam sistem JobsMalaysia

Pencari-Pencari Kerja yang ingin menyertai aktiviti ini adalah dikehendakki untuk memuat turun borang JMC-MPK1 dan mengembalikan borang tersebut ke jmckotabharu@gmail.com atau jmckotabharu@mohr.gov.my.


Muat Turun Borang JMC-MPK1

Sila Nyatakan JAWATAN PILIHAN Tuan/ Puan


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum. borang JMC-MPK1 tidak dapat dimuat turun. ada cara lain ke saya blh dapatkan borang tersebut? contohnya melalui email ke? jika boleh, boleh ke emailkan pada saya di sitinurlinanordin@yahoo.com. terima kasih.

    BalasPadam