Isnin, 12 Ogos 2013

Pengambilan Jurulatih Sukan Di Sekolah Sukan Malaysia

Pengambilan Jurulatih Sukan Gred 29 Hingga 44 (Jawatan Terbuka) Di Sekolah Sukan Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Jurulatih Sukan (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Gambang, Pahang dan Sekolah Sukan Malaysia Kota Kinabalu, Sabah.

Kekosongan adalah untuk mengisi jawatan jurulatih sukan.

Bil
Jenis Sukan
Sekolah
1
1.1 Gimnastik Artistik
Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil
1.2 Gimrama
1.3 Skuasy
1.4 Renang
2
2.1 Sepaktakraw
Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail
2.2 Ragbi
2.3 Hoki
2.4 Olahraga
2.5 Golf
2.6 Boling Padang
2.7 Renang
2.8 Bola Tampar
2.9 Judo
2.10 Memanah
2.11 Boling Tenpin
2.12 Gimnastik Artistik
3
3.1 Bola Sepak
Sekolah Sukan Malaysia Pahang
3.2 Memanah
3.3 Gimnastik Artistik
3.4 Olahraga
3.5 Bola Keranjang
4
4.1 Hoki
Sekolah Sukan Malaysia Sabah
4.2 Olahraga
4.3 Renang
4.4 Terjun



Cara Memohon

i.      Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web www.moe.gov.my atau www.moe.gov.my/bsukan mulai 30 Mei 2013.

ii.     Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/ dokumen sokongan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran paspot (tidak dikembalikan) dan dihantar melalui Ketua Jabatan kepada:

Pengarah
Bahagian Sukan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1 & 7 , Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

iii.     Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat permohonan.

iv.    Permohonan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 30 Ogos 2013 (Jumaat).

Catatan :Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan