Rabu, 22 Januari 2014

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan

Sistem Permohonan Jawatan Dalam Talian (eSPN)

Semua warganegara Malaysia yang berkelayakan dialu-alukan untuk mendaftar sebagai pengguna dan memohon jawatan yang ditawarkan di Kerajaan Negeri Kelantan melalui sistem ini.

Mulai tahun 2014, pengguna dikehendaki mendaftar sebagai pengguna sistem terlebih dahulu sebelum melengkapkan borang online SPN. KN. 1 - Pin 1/2013. Penggunaan borang manual SPN. KN. 1 - Pin 2/2005 TIDAK LAGI digunapakai untuk permohonan jawatan.

Semua pengguna yang pernah mendaftar tidak perlu mendaftar sebagai pengguna baharu semula. Bagi pengguna baharu yang belum mendaftar sebagai pengguna sila klik pada pautan LOGIN/DAFTAR > Pendaftaran.

Anda boleh merujuk kaedah penggunaan sistem dengan klik pada pautan PANDUAN > Manual Pengguna Sistem eSPN. Panduan crop/resize gambar, sila rujuk halaman ini > Panduan Saiz Gambar

Disyorkan menggunakan Pelayar Google Chrome / Firefox versi terbaru. Sila kemaskini pelayar komputer anda dan pastikan membersih Cookie/Cache dalam pelayar..

Jika maklumat tiada di dalam senarai seperti Bahasa, Subjek Peperiksaan, Institusi atau Pengkhususan Pengajian Tinggi, sila maklumkan melalui email ke espn@kelantan.gov.my (Makluman : Proses memasukkan maklumat dilakukan dalam waktu pejabat (8 pagi hingga 5 petang) pada hari bekerja negeri Kelantan sahaja)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan