Rabu, 9 Julai 2014

Iklan Jawatan Kosong MAIK

Iklan Jawatan Kosong Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Antara jawatan yang ditawarkan ialah :

Bil
Jawatan
Gred
Jantina
1.
Pegawai Undang-Undang
Gred L41
(Lelaki Sahaja)
2.
Pegawai Pengangkutan
Gred A17
(Lelaki Sahaja)
3.
Pembantu Operasi
Gred N11
(Lelaki Sahaja)


Cara Memohon

i)      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Unit Pentadbiran, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
ii)     Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2013 / terkini  dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii)     Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv)    Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Alamat Permohonan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

Sebelum Atau Pada : 1hb Ogos, 2014

Perkara Am

a)     Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
b)     Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan