Ahad, 28 September 2014

Jawatan Kosong di Medical Device Authority

Jawatan Kosong di Medical Device Authority

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun ke atas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Bil
Jawatan
Gred
1.
Akauntan Gred
Gred W41
2.
Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27
3.
Pembantu Tadbir (kewangan)
Gred W17
4.
Pembantu Operasi
Gred N11


Cara Memohon
a)     Borang Jawatan Kosong (permohonan) dan Resume yang lengkap (bergambar) hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah beserta sijil-sijil akademik (PMR/SPM/STPM/Diploma/Ijazah) yang telah disahkan. Salinan dokumen hanya boleh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas)/ Penghulu /Ketua Kampung sahaja).

Ketua Eksekutif,
Pihak Berkuasa Peranti Perubatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 5, Menara Prisma Plot 3C4,
Presint 3, Persiaran Perdana,
62675 Putrajaya

(b)    Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing, dan disertakan dengan salinan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan kenyataan Perkhidmatan yang terkini.

(c)    Pemohon hendaklah tuliskan jawatan yang dipohon diatas sebelah kiri sampul surat.

(d)    Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkanatau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak.

(e)    Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tutup Iklan : 6 Oktober 2014 (Isnin) Jam 5 Petang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan