Selasa, 30 September 2014

Jawatan Kosong Di PTPTN

Jawatan Kosong Di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebuah organisasi yang bertanggungjawab memberi pinjaman kepada pelajar Institusi Pendidikan Tinggi yang layak dan menerima deposit di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), mempelawa calon-calon WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk memohon jawatan-jawatan bertaraf kontrak seperti berikut :

Bil
Jawatan
Gred
Status Jawatan
1.
Pegawai Tadbir
Gred N41
Tetap/Kontrak
2.
Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27
Tetap/Kontrak

Cara Memohon
i.      Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di laman web PTPTN, www.ptptn.gov.my sebelum atau pada 08 Oktober 2014.

ii.     Calon dibenarkan memohon lebih dari 1 jawatan. Bagaimanapun, pemilihan adalah berdasarkan kepada kelayakan calon.

Calon yang memenuhi syarat kelayakan dan melepasi tapisan pemilihan sahaja akan dipertimbangkan untuk sesi temuduga. Calon yang berjaya untuk sesi temuduga akan dihubungi melalui emel bagi makluman tarikh temuduga.

Tarikh Tutup : 08 Oktober 2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan