Selasa, 18 November 2014

Jawatan Kosong Di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

Jawatan Kosong Di Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad

Majikan :          Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad
Alamat :           4210-J Bangunan Koop Guru, Jalan Kebun Sultan,  15350 Kota Bharu
Telefon :          09-7482481 (Wan Rosnida bt Wan Ibrahim)
Email :             kgmkb@koopguru.com.my

Jawatan 1:       Pengurus Ar Rahn
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan :       Ijazah
Umur :             Tidak melebihi 45 tahun
Skim Gaji :        RM1391 x 78 – 1781/1870 x 95 – 2345/2449 x 111 – 3226/3350 x 128 – 4118
Status:            Kontrak
Keterangan :
•      Mempunyai Ijazah Perakaunan/ Pengurusan/ Perbankan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dari Institusi yang diiktiraf oleh kerajaan
•      Kepujian  mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM
•      Pengalaman dalam bidang berkaitan diutamakan

Bidang Tugas :
•      Merancang dan mengawal selia operasi Ar-Rahn berlandaskan hukum syara'
•      Membangun rancangan pemasaran strategik dalam mengembang urusniaga Ar-Rahn
•      Menyedia dan membuat Laporan bersistematik tentang pencapaian Ar-Rahn kepada Lembaga Koperasi dan Mesyuarat Pegawai
•      Mengurus keselamatan berkaitan aset dalam perniagaan Ar-Rahn
•      Meneliti matlamat sumber manusia dan membangun motivasi para pekerja kepada kecemerlangan perniagaan Ar-Rahn

Jawatan 2:       Penolong Pengurus Ar Rahn
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Diploma
Umur :             Tidak melebihi 45 tahun
Skim Gaji :        RM907 x 57 – 1477/1554 x 74 – 1998/2098 x 91 – 2553/2676 x 108 - 3108
Status:            Kontrak
Keterangan :
•      Mempunyai Diploma Perakaunan/ Pengurusan/ Perbankan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dari Institusi yang diiktiraf oleh kerajaan
•      Kepujian  mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM
•      Pengalaman dalam bidang berkaitan diutamakan

Bidang Tugas :
•      Membantu mengurus operasi Ar-Rahn berlandaskan hukum syara'
•      Mengurus operasi harian pejabat berkaitan keperluan pelanggan, perbekalan, keperluan, laporan pencapaian prestasi dan peningkatan mutu kerja
•      Membantu Pengurus Ar-Rahn dan Jurunilai dalam penjagaan aset berkaitan Perniagaan Ar-Rahn
•      Melapor pencapaian dalam Mesyuarat Lembaga Koperasi dan Mesyuarat Pegawai

Jawatan 3:       Jurunilai
Kekosongan :    L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan :       Minimum PMR
Umur :             Tidak melebihi 45 tahun
Skim Gaji :        RM748 x 45 – 973/1038 x 57 – 1323/1400 x 74 – 1770/1865 x 91 - 2229
Status:            Kontrak
Keterangan :
•      Sekurang-kurangnya lulus PMR dan mempunyai kemahiran khusus dalam bidang penilaian mutu emas
•      Pengalaman dalam bidang berkaitan adalah diutamakan

Bidang Tugas :
•      Membuat penilaian yang tepat berkaitan mutu emas berdasarkan hukum syara'
•      Bekerjasama dengan Pengurus dan Penolong Pengurus Ar Rahn dalam menggerakkan tadbir urus perniagaan Ar Rahn
•      Menjaga aset perniagaan Ar Rahn dengan penuh amanah
•      Melapor kerja dan pencapaian dalam Mesyuarat Lembaga dan Mesyuarat Pegawai

Jawatan 4:       Teller

•      Melakukan transaksi pembayaran
•      Menjaga aset perniagaan Ar Rahn dengan penuh amanah
•      Mahir dalam menggunakan program komputer
•      Melapor kerja dan pencapaian dalam Mesyuarat Lembaga dan Mesyuarat Pegawai

#       Pemohon-pemohon yang berminat dijemput mengemukakan resume dan sekeping gambar berukuran pasport kepada :

Setiausaha Lembaga,
Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd
4210-J Bangunan Koop Guru,
Jalan Kebun Sultan,
15350 Kota Bharu.
(u.p. : Eksekutif Pentadbiran)

No Telefon : 09-7482481/ 09-7448093

#       Semua Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas selewat-lewatnya jam 4:00 petang pada 30 November 2014 (Ahad) (Pos/ Email)

" kerja adalah ibadah "
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan