Isnin, 15 Disember 2014

Jawatan Kosong Di Twinkle Arts & Graphic

Jawatan Kosong Di Twinkle Arts & Graphic

Majikan :          Twinkle Arts & Graphic
Alamat :           4960-B, Jalan Dusun Muda, 15200 Kota Bharu
Telefon :          09-7478928 (Irene Gan)
Email :             twinkle_graphic@yahoo.com

Jawatan :         Kerani/ Pembantu Pejabat
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Sijil/ Diploma
Gaji :               RM 750.00
Keterangan :
•      Berpengalaman dalam kerja Book-keeping, Akaun dan Perkeranian Am
•      Gaji Permulaan : RM750.00

Jawatan :         Graphic Designer
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       Sijil/ Diploma
Gaji :               RM 750.00
Keterangan :
•      Mahir dengan penggunaan Komputer
•      Berpengalaman kerja grafik, reka gambar dan huruf
•      Gaji Permulaan : RM750.00

#       Calon yang ingin memohon sila hubungi melalui telefon 09-7478928 atau hadir ke Kedai

#       Tarikh Tutup : 31 Disember 2014


" kerja adalah ibadah "
.

14 ulasan:

  1. Gaji yang ditawarkan kurang daripada gaji minimum. Mohon ambil tindakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sikit2 ambil tindakan.. Kalau company tu kena tindakan, drop dsb.. 10-20 org hilang kerja. Anak bangsa kita jg yg rugi.

      Padam
    2. Kerana seorg bikin perangai, semua terpalit

      Padam
  2. RM630.00 adalah gaji minimum semasa tempoh percubaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh begitu. Sepatutnya perkara ini patut dimasukkan di dalam penerangan iklan. Selain itu, gaji selepas tempoh percubaan juga patut dimasukkan di dalam iklan. Contoh:

      Gaji: RM630.00 untuk tempoh percubaan selama 3 bulan
      RM1000.00 selepas disahkan jawatan

      Semoga cadangan saya ini akan dipertimbangkan.

      Padam
  3. Majikan mampu setakat tu, kira ok lah. Xleh memilih sgt. Sy ada master pun kerja kerani kat pej lawyer gaji 630 je. X bising pun. Lebih baik kerja dari ckap byk tp menganggur.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf saudara/i, saya sudah bekerja, tetapi sentiasa meninjau peluang pekerjaan baru, untuk mendapat peluang yang lebih baik untuk menyara keluarga dengan lebih baik. Mungkin saudara/i tidak kisah gaji yang sedikit, tetapi bagi mereka yang mempunyai ramai tanggungan, peluang kerja yang dengan gaji yang lebih baik sentiasa dicari. Saudara/i ada master? Saya langsung tak teruja, kerana saya sudah bertemu ramai pemegang master, tetapi tidak tahu atau mahir bekerja. Pembawaan diri dan penggunaan kemahiran lebih penting di alam pekerjaan. Terperap lama di institusi pendidikan tidak membawa makna jikalau diberi kerja, tidak tahu untuk mengaplikasikan ilmu di dalam dada untuk membuat kerja. Saya membuat bising di sini bukan untuk diri saya, kerana gaji saya sekarang jauh lebih tinggi dari kerja yang diiklankan ini, tetapi saya membuat bising untuk golongan muda yang mahu mencari kerja yang halal, supaya mereka mendapat imbuhan yang setimpal. Jika bukan kita golongan senior yang membela nasib mereka, siapa lagi? Fikir-fikirkanlah :-)

      Padam
    2. Sifirnya mudah sahaja.. Sy xkisah pun gaji saudara byk.sy gaji ciput pun part time bisnes dpt laa jg 3k-4k sebulan. Jgn bersindrom mudah selesa dan puas hati. Apa pun biar ada kerja yg tetap dulu, biarpun gaji ciput. Soal part time tu ikut kesesuaian. Kerja office hour,mlm dah boleh buat part time, jual pasar mlm.. Jual burger dll. Jgn malu dan papa tapi bergaya.

      Padam
    3. Majikan sememangnya buat pertimbangan yg serius dlm intake pekerja. Gaji yg ditawarkan biasanya berpaksi kepada kemampuan company. Dgn kemampuan company yg terhad misalnya ada peruntukan 2k.. Company sudah dpt ambil dan bg peluang kerja kpd 3 org pengganggur. Tp dgn kuatkuasa peraturan gaji minima. Company hanya boleh ambil 2 pengganggur

      Padam
    4. Siapa yg rugi? Kita jg yg rugi

      Padam
    5. Pengalaman sy sendiri, bila bos (Lawyer) suruh handle intake 1 kerani baru. Setelah diiklankan, 924 resume sampai kat office. Itu sblm gaji minimum dikuatkuasakan, bos ckp company mampu ambil 1 kerani baru setahun,selepas kuatkuasa gaji minimum.. Bos ckp company hanya mampu ambil 1 kerani baru setiap 3 tahun... Nampak x implikasi/impaknya.. Secara tuntas, gaji minimum akan perkecilkan peluang dan ruang. Tp bg yg dangkal dan xada pengetahuan, mudah melenting.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam