Ahad, 21 Disember 2014

Jawatan Kosong Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Jawatan Kosong Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV telah ditubuhkan pada 11 Oktober, 2000. Ia telah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia. JHEV telah memulakan operasi secara rasminya pada 1 Januari, 2001 dengan berlokasi di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Objektif utama jabatan ini adalah untuk membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM.

Sukacita dimaklumkan bahawa JHEV - Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM sedang mengadakan urusan pengambilan perkhidmatan Pekerja Sambilan Harian (PSH) bagi jawatan-jawatan berikut :

Jawatan :

1.      Pegawai Teknologi Maklumat                           Gred 41
2.      Penolong Pegawai Teknologi Maklumat         Gred 29

Taraf Jawatan :            PEKERJA SAMBILAN HARIAN

Cara memohon :        Kepada calon yang berminat, sila hantar resume ke alamat email ; artiesa@mod.gov.my

Tarikh tutup :            26 Disember 2014.

Catatan :                  Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

                              Sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi talian : 03-2050 8105 / 8106 / 8100


Tiada ulasan:

Catat Ulasan