Jawatan Kosong Di
Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad
Majikan : Koperasi Guru Melayu Kelantan Berhad
Alamat : 4210-J
Bangunan Koop Guru, Jalan Kebun Sultan,
15350
Kota Bharu
Telefon : 09-7482481 (Wan
Rosnida bt Wan Ibrahim)
Jawatan 1: Pengurus Ar Rahn
Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 2
Kelayakan : Ijazah
Umur : Tidak melebihi 45 tahun
Skim Gaji : RM1391 x 78 – 1781/1870 x 95 – 2345/2449
x 111 – 3226/3350 x 128 – 4118
Status: Kontrak
Keterangan :
• Mempunyai Ijazah Perakaunan/ Pengurusan/ Perbankan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dari Institusi yang diiktiraf oleh
kerajaan
• Kepujian mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM
• Pengalaman dalam bidang berkaitan diutamakan
Bidang Tugas :
• Merancang dan mengawal selia operasi Ar-Rahn berlandaskan hukum
syara'
• Membangun rancangan pemasaran strategik dalam mengembang
urusniaga Ar-Rahn
• Menyedia dan membuat Laporan bersistematik tentang pencapaian
Ar-Rahn kepada Lembaga Koperasi dan Mesyuarat Pegawai
• Mengurus keselamatan berkaitan aset dalam perniagaan Ar-Rahn
• Meneliti matlamat sumber manusia dan membangun motivasi para
pekerja kepada kecemerlangan perniagaan Ar-Rahn
Jawatan 2: Penolong Pengurus Ar Rahn
Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan : Diploma
Umur : Tidak melebihi 45 tahun
Skim Gaji : RM907 x 57 – 1477/1554 x 74 – 1998/2098
x 91 – 2553/2676 x 108 - 3108
Status: Kontrak
Keterangan :
• Mempunyai Diploma Perakaunan/ Pengurusan/ Perbankan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dari Institusi yang diiktiraf oleh
kerajaan
• Kepujian mata pelajaran
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM
• Pengalaman dalam bidang berkaitan diutamakan
Bidang Tugas :
• Membantu mengurus operasi Ar-Rahn berlandaskan hukum syara'
• Mengurus operasi harian pejabat berkaitan keperluan pelanggan,
perbekalan, keperluan, laporan pencapaian prestasi dan peningkatan mutu kerja
• Membantu Pengurus Ar-Rahn dan Jurunilai dalam penjagaan aset
berkaitan Perniagaan Ar-Rahn
• Melapor pencapaian dalam Mesyuarat Lembaga Koperasi dan
Mesyuarat Pegawai
Jawatan 3: Jurunilai
Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan : Minimum PMR
Umur : Tidak melebihi 45 tahun
Skim Gaji : RM748 x 45 – 973/1038 x 57 – 1323/1400 x
74 – 1770/1865 x 91 - 2229
Status: Kontrak
Keterangan :
• Sekurang-kurangnya lulus PMR dan mempunyai kemahiran khusus
dalam bidang penilaian mutu emas
• Pengalaman dalam bidang berkaitan adalah diutamakan
Bidang Tugas :
• Membuat penilaian yang tepat berkaitan mutu emas berdasarkan
hukum syara'
• Bekerjasama dengan Pengurus dan Penolong Pengurus Ar Rahn dalam
menggerakkan tadbir urus perniagaan Ar Rahn
• Menjaga aset perniagaan Ar Rahn dengan penuh amanah
• Melapor kerja dan pencapaian dalam Mesyuarat Lembaga dan
Mesyuarat Pegawai
Jawatan 4: Teller

• Melakukan transaksi pembayaran
• Menjaga aset perniagaan Ar Rahn dengan penuh amanah
• Mahir dalam menggunakan program komputer
• Melapor kerja dan pencapaian dalam Mesyuarat Lembaga dan
Mesyuarat Pegawai
# Pemohon-pemohon yang berminat dijemput mengemukakan
resume dan sekeping gambar berukuran pasport kepada :
Setiausaha Lembaga,
Koperasi Guru Melayu Kelantan Bhd
4210-J Bangunan Koop Guru,
Jalan Kebun Sultan,
15350 Kota Bharu.
(u.p. : Eksekutif Pentadbiran)
No Telefon : 09-7482481/ 09-7448093
# Semua Permohonan hendaklah sampai ke alamat di atas
selewat-lewatnya jam 4:00 petang pada 30 November 2014 (Ahad)
(Pos/ Email)
" kerja adalah ibadah "
.