Rabu, 18 Februari 2015

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2015

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP) Ambilan Jun 2015

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

1.         Sekolah Kebangsaan (SK)

1.01
Bahasa Melayu
1.11
Pendidikan Muzik
1.02
Bahasa Inggeris
1.12
Pendidikan Pemulihan
1.03
Bahasa Arab
1.13
Pendidikan Khas
1.04
Bahasa Tamil
1.14
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
1.05
Bahasa Cina
1.15
Sejarah
1.06
Bahasa Iban
1.16
Reka Bentuk dan Teknologi
1.07
Bahasa Kadazandusun
1.17
Matematik
1.08
Pendidikan Jasmani
1.18
Sains
1.09
Pendidikan Islam
1.19
Bimbingan dan Kaunseling
1.10
Pendidikan Seni Visual



2.         Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

2.01
Bahasa Melayu 
2.09
Pendidikan Khas
2.02
Bahasa Inggeris
2.10
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
2.03
Bahasa Cina
2.11
Sejarah
2.04
Pendidikan Jasmani
2.12
Reka Bentuk dan Teknologi
2.05
Pendidikan Islam
2.13
Matematik
2.06
Pendidikan Seni Visual
2.14
Sains
2.07
Pendidikan Muzik
2.15
Bimbingan dan Kaunseling
2.08
Pendidikan Pemulihan



3.         Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

3.01
Bahasa Melayu
3.09
Pendidikan Khas
3.02
Bahasa Inggeris 
3.1
Pendidikan Awal Kanak-Kanak
3.03
Bahasa Tamil
3.11
Sejarah
3.04
Pendidikan Jasmani
3.12
Reka Bentuk dan Teknologi
3.05
Pendidikan Islam
3.13
Matematik
3.06
Pendidikan Seni Visual
3.14
Sains
3.07
Pendidikan Muzik
3.15
Bimbingan dan Kaunseling
3.08
Pendidikan Pemulihan



Cara Memohon

1.     Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : http://www.moe.gov.my mulai 17 Februari 2015.
2.     Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM. Pemohon yang terpilih mesti menduduki dan LULUS Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sebelum layak dipanggil temu duga   
3.     Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang : http://www.moe.gov.my bagi mendapatkan maklumat iklan, Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG), temu duga, syarat bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.     
4.     Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja. 
5.     Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.  
6.     Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

Tarikh Tutup Permohonan : 08 Mac 2015 (11:59 Malam)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan