Rabu, 6 Mei 2015

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Jawatan Kosong Di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Kami merupakan organisasi pemungut cukai yang terulung sedang mencari individu yang profesional, dinamik, kreatif dan bermotivasi untuk menyertai kami.

Jawatan :

Kod
Jawatan
Gred
Jumlah Kekosongan
Lokasi
A1
Pegawai Eksekutif (Pengurusan Risiko Projek)
Gred 48  
1
Ibu Pejabat
A2  
Pegawai Eksekutif (Pengurusan Risiko Kesinambungan Perkhidmatan)
Gred 48  
1
Ibu Pejabat
B1  
Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Gred 41  
1
Ibu Pejabat
B2  
Pegawai Eksekutif (Penaksiran)
Gred 41  
17
Semenanjung, Sarawak, Sabah
B3  
Pegawai Eksekutif (Pentadbiran)
Gred 41  
2
Ibu Pejabat
C1  
Penolong Pegawai Eksekutif (Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan)
Gred 31  
1
Ibu Pejabat



Cara Memohon

Jawatan A1 / A2 / B1
Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan) hendaklah dibuat secara manual melalui Borang Permohonan Pekerjaan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Borang permohonan boleh diperoleh melalui laman web LHDNM di alamat http://www.hasil.gov.my   di ruangan KERJAYA, klik pada Borang Permohonan Pekerjaan. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:

•      Sekeping gambar terbaharu berukuran pasport .
•      Salinan sijil kelahiran, kad pengenalan dan lain-lain sijil yang berkaitan (Disahkan oleh Pegawai Kerajaan atau Badan Berkanun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / Pengetua / Guru Besar / Pesuruhjaya Sumpah atau mereka yang diperakui pengesahan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam).

Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:

Jabatan Pengurusan Insan
Ibu Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Menara Hasil, Aras 9
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8,
Peti Surat 11833,
63000 Cyberjaya, Selangor.
(u.p: Unit Pengambilan & Penempatan)

Jawatan B2 / B3 / C1
Permohonan dari calon-calon luar LHDNM (termasuk yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan dan pesara LHDNM) dan calon-calon pegawai LHDNM yang masih berkhidmat (bertaraf sambilan) hendaklah dibuat melalui URL. https://career.hasil.gov.my/

Semua permohonan tidak perlu dicetak/di pos ke LHDNM.

Tarikh Tutup : 13 Mei 2015


Tiada ulasan:

Catat Ulasan