Rabu, 29 Julai 2015

Iklan Jawatan Kontrak di Bank Rakyat

Iklan Jawatan Kontrak di Bank Rakyat


Binalah Kerjaya Cemerlang Bersama Bank Pilihan Anda

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut :

1.      EKSEKUTIF KONTRAK

        Syarat-syarat Kelayakan:

•      Mempunyai kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perbankan / Pengurusan Perniagaan / Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/MQA.

•      Memperolehi Himpunan Purata Nilai Markah (HPNM) sekurang-kurangnya 3.00 (Perakaunan & Kewangan) dan 3.25 ke atas (selain Perakaunan & Kewangan)

•      Berumur di antara 21 – 30 tahun.

•      Mempunyai kemahiran komunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua golongan.


2.      KERANI KONTRAK
                  
        Syarat-syarat Kelayakan:
                  
•      Berumur 18 - 25 tahun
•      Kelayakan akademik     :

1.     Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Perbankan / Pengajian Perniagaan / Perakaunan / Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/MQA dengan minimum HPNM 2.75.

Atau ;
                  
2.     Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian sekurang-kurangnya:
                  
Bahasa Melayu      : Kredit
Matematik              : Kredit (Sekiranya tidak mencapai tahap kredit, mesti kredit salah satu subjek Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas)
Bahasa Inggeris   : Lulus

•      Kemahiran dalam menggunakan komputer.
•      Pengalaman dalam bidang perbankan/perakaunan adalah satu kelebihan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Siti Fairuz di 03-26129600 ext 8774 atau email resume ke siti.fairuaminah@bankrakyat.com.my


Tiada ulasan:

Catat Ulasan