Selasa, 20 Oktober 2015

Temuduga Terbuka Kursus Pemasang Perancah (Scaffolding ) Dalam Oil & Gas Industry

Temuduga Terbuka Kursus Pemasang Perancah (Scaffolding ) Dalam Oil & Gas Industry

Program Skill Iltizam Tajaan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera 2015

Kursus jangka pendek ini adalah dibawah kendalian pihak Sr Scaffold Resources,syarikat yang telah dilantik oleh pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk mengendalikan latihan Pemasangan Perancah (Scaffolding). Objektif Utama Kursus ini dijalankan adalah kerana ingin membantu anak-anak muda Bumiputera yang terpinggir di dalam bidang akademik.

Syarat Kelayakan :
1.     Berumur antara 18 tahun sehingga 23 tahun sahaja
2.     BUMIPUTERA Malaysia
3.     Sihat tubuh badan.
4.     Bebas daripada Dadah

Temuduga akan diadakan seperti berikut :-

Tarikh       :     20 Oktober 2015 (Selasa)
Masa        :     9.00 pagi  - 4.00 ptg 
Tempat     :     Pusat JobsMalaysia (JMC) Kelantan
                          Tingkat Bawah, Wisma PERKESO,
                          PT 304 – 307, Jalan Kota Darul Naim,
                          15150 Kota Bharu

Dokumen Wajib Bawa Semasa Temuduga
1.     Salinan IC pelajar, IC ibu dan bapa
2.     Salinan surat beranak pelajar, surat beranak ibu dan bapa
3.     Slip gaji ibu dan bapa / pengesahan pendapatan ibu bapa
4.     Sijil SPM/PMR/UPSR dan sijil berhenti sekolah
5.     Medical cek up fizikal ( berat,tinggi,tekanan darah & tekanan jantung) x ray tidak perlu
6.     Urine for drug test

**     Peringatan : semua dokumen wajib di sahkan terlebih dahulu ( cop pengesahan )

**     Kegagalan anda melakukan seperti apa yang kami minta akan mengakibatkan permohonan anda di tolak


FB : Oil and Gas – SR Scaffold Resources Sdn Bhd

Sebarang pertanyaan boleh hubungi pagawai berikut
1.       Cik Siti Nadiyya        -        017-8330353
2.       Cik Yusnawarti         -        011-11588373


Tiada ulasan:

Catat Ulasan