Isnin, 19 Oktober 2015

Kerjaya Bersama Bank Rakyat

Binalah Kerjaya Cemerlang Bersama Bank Pilihan Anda

Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan bagi jawatan-jawatan berikut :

1.      Eksekutif Kontrak

        Syarat-syarat Kelayakan:
●      Mempunyai kelulusan minimum Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perbankan / Pengurusan Perniagaan / Perakaunan / Ekonomi / Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/MQA.
●      Memperolehi Himpunan Purata Nilai Markah (HPNM) sekurang-kurangnya 3.00 (Perakaunan & Kewangan) dan 3.25 ke atas (selain Perakaunan & Kewangan)
●      Berumur di antara 21 – 27 tahun.
●      Mempunyai kemahiran komunikasi dan boleh berinteraksi dengan semua golongan.

2.      Kerani Kontrak
         
        Syarat-syarat Kelayakan:
●      Berumur 18 - 25 tahun
●      Kelayakan akademik     :
1.     Mempunyai kelulusan Diploma dalam bidang Perbankan / Pengajian Perniagaan/ Perakaunan / Pentadbiran Awam dari institusi pengajian yang diiktiraf oleh JPA/MQA dengan minimum HPNM 2.75.

       Atau ;
      
2.     Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pencapaian sekurang-kurangnya:      
Bahasa Melayu :      Kredit
Matematik :             Kredit (Sekiranya tidak mencapai tahap kredit, mesti kredit salah satu subjek Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas)
Bahasa Inggeris :    Lulus

●      Kemahiran dalam menggunakan komputer.
●      Pengalaman dalam bidang perbankan/perakaunan adalah satu kelebihan.


**     Calon yang berminat dan ingin memohon sila hantar resume (soft copy) kepada alamat emel siti.fairuaminah@bankrakyat.com.my  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan