Selasa, 7 Februari 2017

Tawaran Menyertai Program Karnival Kerjaya, Jobsfair@Kota_Bharu

Tawaran Menyertai Program Karnival Kerjaya, Jobsfair@Kota_Bharu

Pusat JobsMalaysia (JMC) Kelantan  dengan kerjasama Ridel Hotel akan mengadakan Program Karnival Kerjaya, Jobsfair@Kota_Bharu pada ketetapan berikut:-

        Tarikh :     26 Februari 2017 (Isnin)
        Masa :      09:30 pagi hingga 4:30 petang   
        Tempat :   Ridel Hotel Kota Bharu
                       Lot A- 05- 01, Blok A, Pelangi Mall
                       Pasar Lama, Seksyen 9
                       15000 Kota Bharu

Kami mengalu-alukan majikan yang ingin menawarkan kekosongan jawatan kepada para pencari kerja untuk menyertai program ini. Sebarang pertanyaan tuan/puan boleh menghubungi pegawai berikut :-

i.  Puan Zalina binti Ishak               -     09-7412077
ii.  En Abdul Hafizal bin Abdul Halim   -     09-7419878/017-9887832.

Syarat bagi kekosongan jawatan yang ingin ditawarkan adalah :-

•      Mematuhi Syarat Perintah Gaji Minima 2012 (Tidak kurang RM1000.00)
•      Jawatan yang berasaskan gaji dan bukan komisyen
•      Keutamaan kepada majikan yang menawarkan bilangan kekosongan yang banyak dan jawatan berkelulusan tinggi

Tiada sebarang bayaran di kenakan. Tempat adalah sangat terhad.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan