Jawatan Kosong Penyelia/ Demi Chef
Majikan : Komatra Sajian Sdn Bhd
Alamat : Komplek Sajian Gabungan, Markas Stesen Staf Desa Pahlawan, Kem Desa Pahlawan, 16500 Kota Bharu, Kelantan
Telefon : 09-6904855 (Pn. Wan Rabina bt Wan Mahmood)
Email : hr_komatra@yahoo.com
Jawatan : Penyelia
Kekosongan : L = 2, P = 2, L/P = 0
Kelayakan : SPM/ Diploma
Gaji : Boleh Dirunding
Keterangan :
• Boleh bekerja lebih masa
• Boleh bekerja dengan segera
• Berminat untuk terlibat dengan acara luar (function)
• Mempunyai pengalaman dalam bidang penyeliaan dan penyediaan makanan/katering/kulinari diberi keutamaan
Tanggungjawab:
• Memastikan semua tugas-tugas perkhidmatan sajian makanan berjalan dengan lancar
• Memastikan makanan yang disajikan itu berpandukan kepada menu harian dan spesifikasi
• Menjaga dan mengekalkan kebersihan dan keselamatan bahagian perkhidmatan sajian makanan
• Melatih, memberi motivasi, disiplin dan bimbingan kepada kakitangan bahagian perkhidmatan sajian makanan serta mewujudkan suasana kerja yang menyenangkan
• Memastikan perkhidmatan sajian menepati kehendak pelanggan dan syarikat
• Memimpin, mengatur dan menetapkan tugas untuk kakitangan bahagian perkhidmatan sajian bagi melaksanakan tugas harian
• Menjalankan semua tugas dan tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Pengurus Outlet
• Memberi taklimat kepada kakitangan sebelum mereka mula bertugas
• Memastikan penampilan kakitangan dalam keadaan kemas dan bersih sebelum memulakan tugas harian
• Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang telah diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa ke semasa
Jawatan : Demi Chef
Kekosongan : L = 1, P = 1, L/P = 0
Kelayakan : SPM/ Diploma
Gaji : Boleh Dirunding
Keterangan :
·
Warganegara Malaysia dan
mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil dalam bidang Kulinari
atau Diploma dalam Bidang perhotelan /Kulinari yang diiktiraf setara.
·
Bepengetahuan luas dalam bidang
perkhidmatan katering atau perkhidmatan penyedian makanan/ perhotelan adalah
satu kelebihan.
·
Boleh memasak adalah satu
kemestian.
·
Lepasan Diploma dalam Bidang
Kulinari atau Perkhidmatan Perhotelan adalah digalakan memohon.
·
Boleh mengikut arahan dan berkerja
lebih masa.
·
Boleh bekerja dengan segera.
TANGGUNGJAWAB:
·
Bertanggungjawab dalam memantau aspek penyediaan makanan mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh syarikat.
·
Bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan kawasan dapur dan
dewan makan sentiasa terjaga dan teratur.
·
Bertanggungjawab dalam memastikan aspek penyediaan makanan
mengikut spesifikasi sepertimana yang telah termaktub didalam tatacara
penyedian makanan oleh Syarikat.
·
Bertanggungjawab untuk memastikan bekalan bahan mentah/basah/
kering mencukupi dan mengikut keperluan.
·
Bertanggungjawab dalam susun atur kerja dan jadual staf operasi
dapur.
·
Menjalankan lain-lain tugas sepertimana diarahkan oleh Pengurus
Outlet penyelia atau majikan dari semasa kesemasa.
Faedah-Faedah:
• Gaji pokok RM 1200.00/ kenaikan gaji tahunan dan kenaikan pangkat
• Caruman KWSP & SOCSO Majikan dan pekerja
• Mempunyai pengangkutan sendiri
# Bagi calon yang berminat boleh memohon dengan menghantar resume ke alamat e-mel: hr_komatra@yahoo.com.my atau hubungi nombor tel. 09-6904855 (office hour : 8.30 am-5.30 pm) untuk sebarang pertanyaan.
# Tarikh Tutup : Segera
" kerja adalah ibadah "
Tiada ulasan:
Catat Ulasan