Selasa, 4 Disember 2018

Iklan Pengisian Jawatan Secara Kontrak di IADA Kemasin Semerak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ( MOA )

Iklan Pengisian Jawatan Secara Kontrak di IADA Kemasin Semerak, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ( MOA )

Majikan :          IADA Kemasin Semerak
Alamat :           Kompleks Jabatan Pengairan dan Saliran Lundang, Jln Sultan Yahya Petra, 15730 Kota Bharu, Kelantan
Telefon :          09-7419828 (Che Umi Sukriah Bt Che Zakaria)/09-7419868 ( Norfaizielawani Bt Yusoff)
Email :             

Jawatan :         Pemandu Kenderaan Gred H11 ( Jentera Berat ) 
Kekosongan :    L = 5, P = 0, L/P = 0
Taraf Jawatan : Kontrak
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Kelayakan :       Pentaksiran Tingkatan 3 / PMR / Kelayakan yang diiktiraf
Gaji :               Min ( RM 1218.00 ) Mak ( RM 2939.00 )

Syarat-syarat permohonan :
•      Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
•      Memiliki Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
•      Lesen memandu kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan ( P ) dan keutamaan pada yang memiliki lesen memandu kelas E dan F )
•      Berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini.
•      Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C ) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilain Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
•      Memenuhi syarat pelantikan yang ditetapkan untuk jawatan kontrak; dan mempunyai kompetensi dan pengetahuan kerja yang sesuai dengan bidang tugas di jawatan kontrak.


Diskripsi Tugas :
•      Bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang memerlukan lesen memandu daripada Jabatan Pengangkutan Jalan serta menjaga kenderaan / jentera di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan. Antara kenderaan/jentera yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini ialah kereta, van, kenderaan ringan, pacuan empat roda, bas, lori, dumper, roller dan traktor pertanian.

Cara memohon :-

- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang KP/PSM/S/497/13 JLD.8 s.k 2 yang boleh didapati di alamat seperti di bawah
- Borang permohonan yang lengkap hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan berkaitan yang telah disahkan dan dikemukakan kepada :-

        Pengarah
          IADA Kemasin Semerak
          Kompleks Jabatan Pengairan dan Saliran Lundang
          Jalan Sultan Yahya Petra
          15730 Kota Bharu
          Kelantan
          ( u.p : Encik Mokhtar Bin Che Ghani )

Tarikh tutup :-

- Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat di atas sebelum atau pada 6 Disember 2018 . Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima dari tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
- Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Permohonan tuan/puan dianggap tidak berjaya sekiranya tidak menerima sebarang jawapan daripada Kementerian ini dalam masa enam (6) bulan dari tarikh tutup permohonan. 

#       Tarikh Tutup : 6 Disember 2018

" kerja adalah ibadah "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan