Selasa, 11 April 2017

Program Sukarelawan RakanJobsMy

Program Sukarelawan RakanJobsMy

Program sukarelawan adalah satu program untuk menghubung maklumat pekerjaan dan memudahkan lagi komunikasi dan interaksi. Program ini juga akan membantu golongan pencari kerja untuk mengakses maklumat berkaitan dengan kekosongan jawatan. tips temuduga dan maklumat-maklumat berhubung pekerjaan dengan pegawai JMC di seluruh Malaysia

Sukarelawan yang dilantik akan membantu dalam mewar-warkan kewujudan portal JobsMalaysia sebagai portal rasmi dalam penawaran dan padanan kerja Rakyat Malaysia. Ini selaras dengan kehendak kerajaan dalam usaha menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat dalam mendapatkan pekerjaan.Oleh itu penubuhan RakanJobsMy adalah penting untuk memupuk semangat sukarelawan dalam bidang pekerjaan.

Selain itu, ia akan membuka minda sukarelawan melalui aktiviti yang dianjurkan serta mengasah bakat kepimpinan melalui komunikasi,tenaga dan sumbangan idea dalam program pekerjaan.

Sukarelawan-sukarelawan ini perlu mengetahui dengan jelas tugasan yang diberikan dan sedar tentang tanggungjawab mereka dalam melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Para sukarelawan juga secara langsung dan tidak langsung membawa imej JobsMalaysia.

Objektif:
1.     Memudahkan akses kepada bidang pekerjaan oleh golongan pencari kerja di Malaysia.
2.     Mengeratkan lagi hubungan masyarakat dengan pihak kerajaan dalam meningkatkan peluang pekerjaan.
3.     Memupuk semangat kesedaran kesukarelaan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan pencari kerja.
4.     Menjalinkan hubungan yang baik dan semangat kerjasama berpasukan (teamwork) di antara sukarelawan dan pihak kerajaan terutamanya JobsMalaysia.
5.     Mewujudkan prinsip akauntabiliti dan kebertanggungjawaban di kalangan kesemua sukarelawan.

Keahlian hanya dibuka kepada mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja. Sila dapatkan borang di sini.

Alamatkan/ Emailkan borang yang telah di isi kepada

•       Pusat JobsMalaysia Kelantan, Tingkat 3, Bangunan UTC Kelantan, Lot 378, Seksyen 16, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu, Kelantan.

•       Email : marzukiy@mohr.gov.my atau jmckotabharu@mohr.gov.my

•       Telefon : 09-7419878


Tiada ulasan:

Catat Ulasan