Program
Sukarelawan RakanJobsMy
Program sukarelawan adalah satu program untuk
menghubung maklumat pekerjaan dan memudahkan lagi komunikasi dan interaksi.
Program ini juga akan membantu golongan pencari kerja untuk mengakses maklumat
berkaitan dengan kekosongan jawatan. tips temuduga dan maklumat-maklumat
berhubung pekerjaan dengan pegawai JMC di seluruh Malaysia
Sukarelawan yang dilantik akan membantu dalam
mewar-warkan kewujudan portal JobsMalaysia sebagai portal rasmi dalam
penawaran dan padanan kerja Rakyat Malaysia. Ini selaras dengan kehendak
kerajaan dalam usaha menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat dalam mendapatkan
pekerjaan.Oleh itu penubuhan RakanJobsMy adalah penting untuk memupuk semangat
sukarelawan dalam bidang pekerjaan.
Selain itu, ia akan membuka minda sukarelawan
melalui aktiviti yang dianjurkan serta mengasah bakat kepimpinan melalui
komunikasi,tenaga dan sumbangan idea dalam program pekerjaan.
Sukarelawan-sukarelawan ini perlu mengetahui
dengan jelas tugasan yang diberikan dan sedar tentang tanggungjawab mereka
dalam melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Para sukarelawan juga secara
langsung dan tidak langsung membawa imej JobsMalaysia.
Objektif:
1. Memudahkan akses kepada
bidang pekerjaan oleh golongan pencari kerja di Malaysia.
2. Mengeratkan lagi hubungan
masyarakat dengan pihak kerajaan dalam meningkatkan peluang pekerjaan.
3. Memupuk semangat kesedaran
kesukarelaan di kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan pencari kerja.
4. Menjalinkan hubungan yang
baik dan semangat kerjasama berpasukan (teamwork) di antara sukarelawan dan
pihak kerajaan terutamanya JobsMalaysia.
5. Mewujudkan prinsip
akauntabiliti dan kebertanggungjawaban di kalangan kesemua sukarelawan.
Keahlian hanya dibuka
kepada mereka yang berumur 16 tahun dan ke atas sahaja. Sila dapatkan borang di
sini.
Alamatkan/ Emailkan borang
yang telah di isi kepada
• Pusat JobsMalaysia Kelantan, Tingkat
3, Bangunan UTC Kelantan, Lot 378, Seksyen 16, Jalan Hamzah, 15050 Kota Bharu,
Kelantan.
• Email
: marzukiy@mohr.gov.my atau jmckotabharu@mohr.gov.my
• Telefon
: 09-7419878
Tiada ulasan:
Catat Ulasan