Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:-
1. GURU BAHASA MELAYU GRED DG41 (2 KEKOSONGAN)
a) Kadar Upah : RM 100.00 Sehari
b) Tempoh Perkhidmatan : Tidak melebihi 3 bulan dari tarikh melapor diri atau
sehingga penyandang jawatan kembali bertugas mana
yang terdahulu.
c) Penempatan : MRSM Tumpat
d) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan sepertimana berikut :-
(i) Ijazah Sarjana Muda Am Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan serta
Diploma Pendidikan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(ii) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh Kerajaan.
e) Taraf Jawatan : Sambilan
f) Taraf Kerakyatan : Warganegara Malaysia sahaja.
g) Umur : Calon-calon lantikan hendaklah berumur tidak kurang
dari 18 tahun pada tarikh iklan jawatan.
h) PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk kepada
syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan
yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa.
i) CARA MEMOHON
Permohonan di buat terus dengan menghantar surat permohonan (RESUME) yang disertakan
dengan Salinan Sijil-Sijil yang disahkan dan gambar yang berukuran pasport kepada :-
PENGETUA,
MRSM TUMPAT,
16200 TUMPAT, KELANTAN
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 16 OGOS 2020
Hubungi Encik Ahmad Zuhairi Bin Abdul Rahman : 09-7215015
Emailkan resume ke : zuhairi.rahman@mara.gov.my