Pengumuman
JMC Kota Bharu akan dibuka pada hari Sabtu, 26 Mac 2011
Waktu Kerja : 10:00 pagi - 5:00 petang
Semua yang ingin
dijemput hadir ke pejabat.- Menghadiri Program Klinik Kerjaya
- Mendapatkan Maklumat Pekerjaan
- Membuat Aduan Tentang Majikan/ Tempat Kerja
- Mendapatkan Nasihat Tentang Undang-Undang Perburuhan
Program Klinik Kerjaya akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 26 Mac 2011
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Pejabat Pusat JobsMalaysia (JMC) Kota Bharu, Tingkat Bawah, Wisma PERKESO, PT 304-307, Jalan Kota Darul Naim, 15150 Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
Telefon : 09-7419878
1. Objektif Klinik Kerjaya:
- Untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan calon supaya dapat ditentukan bentuk bimbingan yang diperlukan;
- Untuk meningkatkan keyakinan calon tentang peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan akademik, pengalaman, kemahiran, minat dan personaliti;
- Untuk membolehkan calon membuat cari kerja dengan cara yang lebih berkesan dan seterusnya dapat membuat permohonan bagi mengisi kekosongan yang ditawarkan oleh majikan menerusi pelbagai saluran.
- Dapat menyatakan sumber untuk mendapatkan maklumat peluang pekerjaan;
- Berkeyakinan untuk menghubungi majikan secara terus bagi bertanyakan peluang pekerjaan;
- Boleh menerangkan ciri-ciri resume yang berkesan dan menyediakan resume yang sesuai;
- Boleh menyediakan surat iringan yang menarik;
- Berupaya mengenalpasti perkara-perkara penting sebagai persediaan menghadiri temuduga;
- Mengenalpasti dan memilih jawatan yang sesuai untuk dipohon hasil carian masing-masing.