Panduan Menghadiri Karnival Pekerjaan
Apa Perlu
Dilakukan
·
Daftarkan diri di tempat
pendaftaran.
·
Dapatkan senarai majikan
yang hadir di Karnival Pekerjaan tersebut.
·
Dapatkan pelan tapak
Karnival dan pastikan di mana kedudukan setiap majikan yang tuan/puan akan
kunjungi.
·
Bawa sijil asal dan alat
tulis yang sesuai
·
Bawalah salinan resume yang
secukupnya. Kalau boleh sediakan berbagai versi resume anda sekiranya mencari
berbagai jenis jawatan.
Pakaian
·
Berpakaianlah secara
profesional.
- Baju
Kemeja/ Slack [lelaki]
- Baju
yang sesuai [perempuan]
- Pakai
kasut yang sesuai dan selesa
- Jangan
pakai T-Shirts
- Jangan
pakai jeans
- Jangan
mengenakan fesyen rambut/ cermin mata yang terlalu terkini
Strategi
·
Sediakan strategi bagi
memaksimumkan masa tuan/puan di acara ini. Jangan habiskan masa bersama majikan
yang tidak menjadi pilihan anda.
·
Jangan abaikan majikan yang
mengadakan pengambilan bagi jawatan yang di luar bidang anda; ambil masa untuk
‘network’ (berkenalan) dengan pegawai mereka dan cuba dapatkan nama bagi
Pengurus yang membuat pengambilan.
·
Cuba lakukan penyelidikan
asas bagi setiap majikan yang anda harap untuk bertemuduga pada masa Karnival
Pekerjaan Pekerjaan itu. Soalan yang biasa ditanya semasa temuduga di tempat
ini oleh pegawai penemuduga ialah “Kenapa anda ingin bekerja dengan syarikat
kami”.
·
Jangan hanya meninggalkan
resume anda di meja Syarikat dan terus berlalu.
·
Cuba sediakan ‘iklan’ pendek
yang memberi fokus kepada kekuatan yang anda miliki dan boleh disumbangkan
kepada bakal majikan. Bersedialah untuk soalan-soalan temuduga yang biasa ditanya.
·
Jangan rasa takut atau
terancam oleh kehadiran penemuduga, mereka di sana untuk melakukan kerja
mereka; ia itu untuk berjumpa dan menapis bakal pekerja mereka.
·
Bersedialah untuk
menceritakan tentang pengalaman kerja, kemahiran dan kebolehan. Bagi yang baru
lepas belajar, sediakan jawapan bagi soalan tentang CGPA anda. (Gunakan CGPA,
major, kursus, tempat belajar yang dapat menunjukkan kekuatan anda)
·
Cuba sediakan soalan yang
sesuai ditanya untuk setiap majikan, tetapi jangan tanya soalan yang sepatutnya
diketahui umum seperti “Apakah yang Syarikat Tuan lakukan”.
·
Cuba sebutkan nama
penemuduga beberapa kali semasa perbualan anda dengan mereka, walaupun terpaksa
menjeling kepada ‘name tag’ nya. Kalau boleh cuba juga dapatkan ‘business card’
(sekurang-kurang nya ‘contact information’) dari setiap majikan.
·
Hindari sebarang kebiasaan
yang tidak baik seperti bermain-main dengan rambut, mengunyah ‘chewing gum’,
menggelisah, memegang hidung, dll.
·
Cuba ingatkan segala kunci
kepada kejayaan temuduga. Ini termasuklah genggaman semasa berjabat tangan,
senyuman yang mesra, ‘eye contact’ dan suara yang bertenaga.
·
Cuba hindari dari
menggunakan perkataan seperti ‘um’, ‘aa’, dll.
·
Cuba ambil kesempatan masa
yang anda peroleh untuk membina ‘rapport’ (hubungan) dengan setiap majikan,
tetapi jangan memonopoli masa mereka.
·
Jangan sesekali pergi ke
‘booth’ majikan dan mencelah temuduga orang lain; tunggu giliran anda dan cuba
bersopan.
·
Jangan bazirkan peluang
untuk ‘network’, bukan sahaja kepada majikan, tetapi juga kepada sesama pencari
kerja dan juga pengunjung yang datang ke Karnival Pekerjaan itu.
·
Jangan sebutkan apa-apa
perkara yang negatif tentang kolej atau jawatan, syarikat atau penyelia anda
yang lepas.
·
Cuba tanyakan tentang
proses pengambilan bagi setiap syarikat, tetapi jangan tanya terlalu banyak
soalan tentang gaji, cuti atau ganjaran-ganjaran lain.