.

Memaparkan catatan dengan label GM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GM. Papar semua catatan

Rabu, 2 Januari 2013

Kesalahan Dan Penalti

Kesalahan Dan Penalti Berkaitan Perintah Gaji Minimum 2012

KESALAHAN DAN PENALTI
BERKAITAN
PERINTAH GAJI MINIMUM 2012
1
Penalti Bagi Kesalahan Pertama
Denda Tidak lebih RM10,000 bagi setiap pekerja. Mahkamah boleh mengarahkan majikan membayar perbezaan antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok dan bayaran lain
2
Penalti Am
Denda Tidak Lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan di mana penalti khusus tidak dinyatakan
3
Penalti Bagi Kesalahan Berterusan
RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan
4
Penalti Bagi Kesalahan Berulang
RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun


Selasa, 18 September 2012

Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012

Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012

Pada 13 September 2012, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan suatu Sesi Taklimat Mengenai Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 Peringkat Negeri Kelantan bertempat di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 250 orang peserta yang terdiri dari wakil-wakil majikan di pelbagai sektor industri, wakil-wakil kesatuan pekerja, wakil-wakil Dewan Perniagaan dan NGOs yang telah hadir ke sesi taklimat ini.

Objektif sesi taklimat ini diadakan adalah untuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai dasar gaji minimum bagi sektor swasta dan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 serta mendapatkan maklumbalas mengenai pelaksanaan Perintah tersebut dari pihak-pihak yang berkepentingan

Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan pada 16 Julai 2012, akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan bagi majikan yang menggaji enam orang atau lebih. Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh penguatkuasaan ditetapkan 1 Julai tahun depan, demikian menurut taklimat yang telah disampaikan oleh En Pezman bin Che Hussin, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan.

Tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja. Perintah Gaji Minimum 2012 diwartakan mengikut Subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Maklumat lanjut mengenai warta bertajuk Perintah Gaji Minimum 2012 P.U. (A) 214/2012 boleh dirujuk di www.federalgazette.agc.gov.my

Menurut warta itu, kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM800 atau RM3.85 sejam bagi Sabah dan Sarawak

Menurut Akta itu juga Gaji Minimum adalah untuk semua ‘Pekerja’ iaitu  mereka "yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain seperti ditakrifkan di bawah Akta Kerja 1955; atau yang menerima gaji tidak melebihi RM2,500 sebulan atau pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain, seperti ditakrifkan di bawah Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak [Bab 76]".

Mereka yang dikecualikan dari Akta ini adalah Pekhidmat domestik iaitu seperti pembantu rumah, tukang masak, penjaga rumah, tukang kebun, tukang cuci, jaga dan pemandu peribadi. Perantis juga dikecualikan dari Akta ini.

Sesi Dialog Industri di mana ahli panel terdiri daripada Tn Hj Mohd Asri bin Abdul Wahab, Encik Pezman Che Hussin, Encik Mohd Azmi Muhammud dan Puan Fauziah Zainal wakil dari Majlis Perundingan Gaji Negara telah diadakan setelah selesai sesi taklimat. Di sepanjang sesi dialog diadakan, peserta-peserta telah sempat mengemukakan pelbagai pandangan, cadangan dan soalan kepada semua ahli panel.

[GARIS PANDUAN]


[GAZET]

[MASCO]



Sebarang pertanyaan berkaitan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, sila hubungi


Jabatan Tenaga Kerja Kota Bharu
:09-7485078/ 09-7479111
Jabatan Tenaga Kerja Kuala Krai
:09-9666381/ 09-9669111
Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan
:09-7482506