Pelaksanaan
Perintah Gaji Minimum 2012
Pada 13 September 2012, Jabatan Tenaga Kerja
Negeri Kelantan dengan kerjasama Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN)
Kementerian Sumber Manusia telah menganjurkan suatu Sesi Taklimat Mengenai
Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 Peringkat Negeri Kelantan bertempat di
Kelantan Trade Centre, Kota Bharu, Kelantan. Seramai 250 orang peserta yang
terdiri dari wakil-wakil majikan di pelbagai sektor industri, wakil-wakil
kesatuan pekerja, wakil-wakil Dewan Perniagaan dan NGOs yang telah hadir ke
sesi taklimat ini.
Objektif sesi taklimat ini diadakan adalah
untuk menerangkan dengan lebih terperinci mengenai dasar gaji minimum bagi
sektor swasta dan pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 serta mendapatkan
maklumbalas mengenai pelaksanaan Perintah tersebut dari pihak-pihak yang
berkepentingan
Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan
pada 16 Julai 2012, akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan bagi majikan yang
menggaji enam orang atau lebih. Bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau
kurang, tarikh penguatkuasaan ditetapkan 1 Julai tahun depan, demikian menurut
taklimat yang telah disampaikan oleh En Pezman bin Che Hussin, Pengarah Jabatan
Tenaga Kerja Negeri Kelantan.
Tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai
kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah
Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja.
Perintah Gaji Minimum 2012 diwartakan mengikut Subseksyen 23(1) Akta Majlis
Perundingan Gaji Negara 2011. Maklumat lanjut mengenai warta bertajuk Perintah Gaji
Minimum 2012 P.U. (A) 214/2012 boleh dirujuk di www.federalgazette.agc.gov.my
Menurut warta itu, kadar gaji minimum yang
ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung dan RM800
atau RM3.85 sejam bagi Sabah dan Sarawak
Menurut Akta itu juga Gaji Minimum adalah
untuk semua ‘Pekerja’ iaitu mereka
"yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan atau pekerja-pekerja
manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain seperti ditakrifkan di bawah
Akta Kerja 1955; atau yang menerima gaji tidak melebihi RM2,500 sebulan atau
pekerja-pekerja manual tanpa had gaji atau pekerja-pekerja lain, seperti
ditakrifkan di bawah Ordinan Buruh Sabah [Bab 67] atau Ordinan Buruh Sarawak
[Bab 76]".
Mereka yang dikecualikan dari Akta ini adalah
Pekhidmat domestik iaitu seperti pembantu rumah, tukang masak, penjaga rumah,
tukang kebun, tukang cuci, jaga dan pemandu peribadi. Perantis juga
dikecualikan dari Akta ini.
Sesi Dialog Industri di mana ahli panel
terdiri daripada Tn Hj Mohd Asri bin Abdul Wahab, Encik Pezman Che Hussin, Encik
Mohd Azmi Muhammud dan Puan Fauziah Zainal wakil dari Majlis Perundingan Gaji
Negara telah diadakan setelah selesai sesi taklimat. Di sepanjang sesi
dialog diadakan, peserta-peserta telah sempat mengemukakan pelbagai pandangan,
cadangan dan soalan kepada semua ahli panel.
[GARIS PANDUAN]
[GAZET]
[MASCO]
[GARIS PANDUAN]
[GAZET]
[MASCO]
Sebarang pertanyaan
berkaitan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012, sila hubungi
Jabatan Tenaga Kerja
Kota Bharu
|
:09-7485078/ 09-7479111
|
|
Jabatan Tenaga Kerja
Kuala Krai
|
:09-9666381/ 09-9669111
|
|
Jabatan Tenaga Kerja
Negeri Kelantan
|
:09-7482506
|
saya adalah salah seorang pekerja di salah sebuah hotel swasta di kota bharu(bahagian penyambut tetamu). soalan saya, adakah saya juga layak untuk mendapatkan kenaikan gaji tersebut??? dan seandainya majikan saya tidak melaksanakan kenaikan gaji tersebut selepas tarikh diwartakan, apakah denda atau hukuman yang akan diterima???
BalasPadamTerima kasih.
Semua pekerja adalah layak kecuali pekhidmat domestik dan perantis. Hukuman bagi kesalahan dan penalti adalah seperti berikut :-
BalasPadam1. Penalti bagi kesalahan Pertama : Denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap pekerja .
Mahkamah boleh mengarahkan majikan membayar perbezaan antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok dan bayaran lain.
2. Penalti am : Denda tidak lebih RM10,000 bagi setiap kesalahan di mana penalti khusus tidak dinyatakan
3. Penalti bagi kesalahan berterusan : RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan
4. Penalti bagi kesalahan berulang : RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun
Harap perkara Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 di hebahkan secara meluas dan besar-besaran kerana banyak syarikat terutamanya syarikat swasta mengambil mudah akan perkara ini. Malah ada sesetengah majikan enggan melaksanakn perintah ini. Diminta tindakan dilakukan demi kebajikan kami sebagai pekerja yang ditindas.
PadamSaya bekerja disebuah syarikat swasta kontraktor berkelas A di Kelantan sebagai setiausaha syarikat dan gaji hanya rm750.00 dan berkelulusan ijazah.Kebanyakkan projek adalah dari Kerajaan. walaubagaimana pun, sejak akhir-akhir ini, syarikat kami tidak mendapat mana-mana projek besar. Soalan saya, adakah ini akan memberi kesan kepada kenaikkan gaji kami yang sepatutnya dilaksanakan, Malah majikan saya enggan melaksanakan kenaikan gaji tersebut. Apakah tindakan dan hukuman yang akan dikenakan? adakah kerajaan akan meneliti mana-mana syarikat yang enggan melaksanakan kenaikan gaji tersebut? Harap Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012 ini dihebahkan secara besar-besaran kerana banyak syarikat swasta hanya mengambil ringan akan perkara ini. Sekian...
BalasPadamSemua pekerja adalah LAYAK mendapat kenaikan tersebut, tidak mengira apa-apa kelulusan sekali pun. Soal tidak mendapat projek tidak menjadi syarat dalam melaknakan Perintah Gaji Minima. Keenganan melaksanakan Perintah Gaji Minima akan menyebabkan tindakan boleh diambil terhadap majikan tersebut. Hukuman adalah seperti di ATAS. Pihak Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja dan Agensi-agensi berkaitan telah dan akan terus melakukan hebahan dan pemberitahuan tentang perkara ini kepada semua majikan. Perlaksanaan Perintaha ini akan dilakukan pada 01/01/2013 (6 orang pekerja ke atas) dan 01/07/2013 (5 orang pekerja ke bawah)
BalasPadamPelaksanaan perintah gaji minimum bertepatan dengan keadaan semasa sekarang. Bagi seorang pekerja, mereka akan rasa terbela dengan perintah tersebut tapi bagaimana dengan majikan? semua majikan bukan tidak mahu bayar gaji minimum ataupun lain-lain gaji yang diminta dan dipersetujui oleh pekerja tetapi adakah dengan pelaksanaan perintah tersebut produktiviti kerja akan meningkat? pekerja zaman sekarang bukan macam pekerja dizaman dahulu..pekerja dizaman sekarang hanya bekerja sebab duit bukan sebab minat ataupun sebab-sebab lain yang terbit dari hati..pada saya, perintah gaji minimum ada baik dan ada buruknya...
BalasPadamKami, The Eastern Garment Mfg. Co. (Kelantan) Sdn Bhd tidak mempunyai masalah dalam melaksanakan perintah gaji minimum 2012 kerana kami percaya kejayaan sesebuah syarikat bergantung kepada sumber manusia yang ada. Sebelum perintah ini dilaksanakan lagi, pihak kami telah mempunyai perancangan untuk membuat penambahbaikan struktur penggajian. Kami mampu untuk membayar pekerja di bahagian pengeluaran seperti mana yang kerajaan tetapkan dengan syarat pekerja tersebut mempunyai niat untuk bekerja demi diri sendiri, keluarga dan mempunyai iltizam untuk membangunkan syarikat. Kesimpulannya, kami sahut cabaran kerajaan dengan pemikiran yang positif. -Khairol (Pegawai Sumber Manusia).
BalasPadamsalam,
BalasPadambagi pekerja yg terlibat sales n promotion, gaji dia basic rm500 + komisen(depends on sales).
Gaji basic nanti akan di naikkan ke rm900 jugak ke?
Salam,
BalasPadambagaimana dengan pekerja yang menerima gaji harian dan bukannya bulanan. Adakah mereka layak menerima gaji minimum spt yang diwartakan?
TQ
Tambahan: gaji dibayar mengikut hari bekerja secara mingguan. TQ
BalasPadamGaji Minimum pekerja sepenuh masa bergaji harian adalah tidak kurang RM900 sebulan dengan syarat hadir bekerja pada hari-hari biasa (termasuk cuti tahunan dan cuti sakit) yang ditetapkan tanpa mengira jumlah jam bekerja.
BalasPadam* Formula pengiraan Gaji Minima Harian adalah berdasarkan jumlah jam bekerja iaitu maksimum 48 jam seminggu
Bekerja 6 Hari Dalam Seminggu = Kadar GM Harian RM34.62
Bekerja 5 Hari Dalam Seminggu = Kadar GM Harian RM41.54
Bekerja 4 Hari Dalam Seminggu = Kadar GM Harian RM51.92
Terima kasih dengan penjelasan tersebut....
Padamterima kasih dengan adanya pelaksanaan gaji minimum,saya yakin tidak lagi wujud penindasan kerahan tenaga tidak bersesuaian dengan gaji
BalasPadamsaya bekerja sebagai kerani sumber manusia di salah sebuah hotel swasta di Kota Bharu.soalan saya adakah pelaksanaan gaji minimum bagi semua staff sama?sedangkan gaji saya sekarang rm800, gaji penyediaan makanan rm670,front office rm 650 dan semua bahagian berbeza-beza.jika pelaksanaa gaji bagi semua staff sama berlaku ketidakadilan..kerana bagi kerani seperti saya tidak akan dibayar overtime(OT) sedangkan staff lain dibayar..
BalasPadamPerkara ini hendaklah dibincangkan dengan pihak pengurusan tempat Tuan bekerja
Padamharap kerajaan ambil tindakan terhadap syarikat di kelantan yang sukar memberi gaji triple pada masa cuti umum
BalasPadamJabatan memerlukan kerjasama dari kalangan pekerja dan majikan untuk melaporkan segala salah laku yang wujud di setiap syarikat. Tidak membayar elaun kerja lebih masa mengikut ketetapan akta adalah kesalahan yang boleh dikenakan tindakan
Padambagaimana dengan pekerja yang terlibat dengan jualan yang menerima pendapatan berasaskan komisyen?? adakah perlu kepada pematuhan gaji minimum ini?
BalasPadamSemua pekerja adalah layak kecuali pekhidmat domestik dan perantis. Takrifan sebagai pekerja hendaklah dipatuhi, sila rujuk Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.
BalasPadamsalam 1 malaysia
BalasPadamkalau pilihanraya tahun depan katakan
BN kalah teruk,adakah kadar gaji minimum
RM900 dibatalkan?adakah kos sara hidup naik melambung?
salam sejahtera
BalasPadamkenapa gaji akan dikaji tiap2 2 tahun?
kerajaan takut rugi ke?
HENTIKAN LA....
bagi pekerja yang belum sahkan jawatan,
BalasPadampatut terima gaji minimum?
Bagi Pekerja Dalam Tempoh Percubaan, pengurangan kadar bayaran gaji minimum adalah tidak melebihi 30% (RM630.00) yang berasaskan kepada kontrak perkhidmatan pekerja tersebut
Padamsaya bekerja di syarikat kontraktor kecil yang mempunyai seorang kerani sahaja. gaji bulanan Rm500 sebulan.saya tidak merasakan majikan saya akan melaksanakan gaji minimum.jika majikan tidak berbuat demikian,apakah yang perlu saya lakukan?
BalasPadamSemua pekerja adalah LAYAK mendapat hak gaji minimum, keenganan melaksanakan Perintah Gaji Minima akan menyebabkan tindakan boleh diambil terhadap majikan tersebut. Sekiranya majikan enggan, tuan boleh menghubungi JTK yang terdekat
PadamHamba ALLAH.
BalasPadam1)adakah potongan kwsp dipotong berdasarkan gaji pokok sahaja atau jumlah keseluruhan(elaun-elaun ataupun OT]?
2)wajarkan syarikat kami tidak mengambil cuti umun (25/12/2012) atas alasan tiada penganut kristian.
MOHON JAWAB SEGERA,SENANG SAYA NAK BUAT ADUAN SELEPAS INI............
1) Potongan KWSP adalah termasuk dibawah bidang kuasa KWSP, sila rujuk kepada KWSP.
Padam2) Setiap pekerja berhak mendapat 10 hari cuti umum bagi setiap tahun kalendar yang dipilih daripada semua cuti kelepasan am yang diwartakan untuk tahun itu. Hari itu mestilah termasuk 4 hari yang berikut:-
• Hari Kebangsaan
• Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong
• Hari Keputeraan Sultan
• Hari perayaan Pekerja
Baki 6 hari yang lain boleh dipilih oleh majikan. Oleh itu hari Krismas tidak termasuk di bawah hari yang mesti di beri cuti oleh majikan.
Pekerja teraniaya
BalasPadamSoalannyer...
Kenapa adanya perbezaan gaji antara kelantan dengan negeri lain sedangkan kos sara hidup sama sahaja. Bagi mereka yang bekerja kerajaan takper la sebab diorang ada elaun seperti COLA,perjalanan,perumahan,kasut,baju, dan macam-macam lagi la... harga gula, minyak, beras, petrol, dan lain-lain sama jer. Bukan tak boleh hidup tapi tak mewah. Contohnya customer services kat luar kelantan gajinya rm1800.00 tp kenapa di kelantan gajinya dalam rm600 SAHAJA.??? banyak sangat perbezaannyer gaji di kelantan dan di luar.. sekadar ingin meluahkan..
Itu lah sebabnya Kerajaan akan melaksanakan Akta Gaji Minimum 2012
BalasPadamsoalan : 1) adakah gaji minimum rm900 nie akan terus masuk pada bulan januari @ syarikat akan mengeluarkn surat perjanjian yang perlu ditandatangan oleh semua pekerja dan barulah gaji minimum nie akan berkuatkuasa???
BalasPadamSekadar ingin tahu
BalasPadam1)Pada cuti umum manakah syarikat dikehendaki membayar triple kepada stuff yang bekerja pada hari tersebut?
2)Adkah bayaran triple nie dilaksanakan oleh semua syarikat ataupun sesetengah syarikat sahaja?
3)Siapakah yang berkuasa menentukan bayaran triple, syarikat ataupun kerajaan?
soalan : 1) bilakah gaji minimum di kuatkuasakan?syarikat yang saya bekerja mempunyai 4 orang staff
BalasPadamjmc kenapa tak jawab soalan pada tarikh 6/12/12 tu???
BalasPadamtakut nak bagi penjelasan ke?
kami hanya kakitangan bawahan saja, tiada maklumat dan tak faham apa yang tuan cuba katakan
PadamMerujuk kepada persoalan yang diutarakan pada 6/12/2012, pada saya persoalan tersebut tidak perlu dijawab oleh JMC kerana ianya bukan soalan atau perbahasan yang berkaitan dengan Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum 2012. Mungkin individu yang mengemukakan persoalan tersebut sengaja ingin mencari publisiti murahan supaya dapat meraih simpati dari pelayar blog ini. Bagi orang yang berakal serta mempunyai pemikiran yang dewasa, tidak mungkin akan mengajukan persoalan tersebut kerana masa depan adalah rahsia. Untuk menyenangkan hati beliau, ingin saya tegaskan disini bahawa kalah menang parti yang bertanding pada pilihanraya tahun hadapan akan ditentutan oleh kuasa pengundi. Adakah anda sudah berdaftar dengan SPR? kalau belum, lebih baik daftar segera, jika sudah..buatlah pilihan yang betul. Seperkara lagi, keputusan kerajaan untuk menyemak gaji setiap 2 tahun adalah hak kerajaan, sebelum keputusan tersebut dibuat, kerajaan sudah mempertimbangkan dari segala aspek dan sudut. Meneraju sebuah kerajaan lebih sukar dari menjadi seseorang yang suka mengkritik..fikir-fikirkanlah jika anda seorang yang berakal. :)
BalasPadamAku sokong kenyataan diatas. Jika si penulis pada 6/12/12 merupakan penyokong parti pembangkang. Aku nak tanya sikit? dulu ko sekolah rendah dekat mana? mesti sekolah kerajaan? dapat tak pinjaman buku teks? aku rasa mesti dapat. Pernah tak ko fikir sepanjang hidup ko atas muka bumi ni, ko tidak pernah menerima atau pergi ke mana-mana tempat yang disediakan oleh kerajaan? jangan tipulah sebab dulu ko beranak dekat hospital mana? cuba semak semula daftar kelahiran ko tu dekat mana? Aku pun penyokong pembangkang. Tapi tak adalah terlalu taksub sangat.huhuhu
BalasPadamNi bumi Allah. Hak masing2 nk bg pndapat. Jumud betul pemikiran awak
Padamsaya kerani akaun kat syarikat jualan di kota bharu...tadi saya ada tanya majikan saya tentang perkara ini..tapi dea ada bagi tahu bahawa gaji tidak akan dinaikkan.Beliau juga ada menyebut bahawa pelaksanaan gaji ini adalah cuma atas kertas sahaja.Adakah perkara benar atau tidak. Mohon pihak JMC bagi penjelasan
BalasPadamPenalti untuk kesalahan pertama bagi majikan yang tidak melaksanakan Perintah Gaji Minimum ialah Denda Tidak lebih RM10,000 bagi setiap pekerja. Mahkamah boleh mengarahkan majikan membayar perbezaan antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok dan bayaran lain. Sila hubungi Jabatan Tenaga Kerja terdekat untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan
PadamSaya bekerja di sebuah hotel yg boleh dikatakan tersohor juga di negeri Cik Siti Wan Kembang ini,selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji minimum yg berkuatkusa untuk majikan yg mempunyai pekerja enam orang atau lebih,kami semua berasa amat bersyukur dan berterima kasih kpd kerajaan,dan majikan masih lagi megambil pekerja mcm biasa setiap kali jabatan memerlukan tenaga kerja,pada hujung bulan dua belas,kami di kejutkan dengan tindakan drastik majikan membuang pekerja tanpa apa apa notis terlebih dahulu,ini membuatkan kami semua berasa amat kecewa,wajarkan pekerja di berhentikan tanpa apa apa notis kerana gaji minimun ini.sekiranya pekerja yg di buang kerja itu datang membuat aduan kepada Jabatan Buruh,adakah tindakan akn di ambil terhadap majikan tersebut,kerana masa pekerja di berhentikan pelbagai alasan yg di beri kpd pekerja contohnya kerana kontrak di tamatkan.
BalasPadamSila hubungi Pejabat Tenaga Kerja yang terdekat untuk aduan dan tindakan segera.
PadamSebarang Pertanyaan, Hubungi :
Jabatan Tenaga Kerja Kelantan - 09-7482506
Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu - 09-7481870
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai - 09-9666389
Salam..
BalasPadamsampai sekarang syarikat saya masih belum memberi jawapan pasal pelaksanaan gaj minimum ini. Bila ditanya, jawapannya masih belum pasti.. surat atau sebarang notis masih belum di berikan kepada kami. Kami tertanya-tanya adakah gaji minimum ini akan terus masuk dalam gaji pada bulan ini atau akan ada surat perjanjian dahulu.. kami masih belum terima apa-apa jawapan lagi pasal perlaksanaan gaji minimum ini... apa yg perlu saya lakukan untuk tahu status???
Untuk mendapatkan kepastian sila hubungi Pejabat Tenaga Kerja terdekat
PadamJabatan Tenaga Kerja Kelantan - 09-7482506
Pejabat Tenaga Kerja Kota Bharu - 09-7481870
Pejabat Tenaga Kerja Kuala Krai - 09-9666389
Perlaksanaan gaji minima ini tidak kah akan membuatkan segelintir manusia menjadi malas berusaha kerana x payah sekolah lah..besar nanti keja kilang pun bole dapat 900. Sekarang sekolah pun habis duit mak. Jadilah kita negara yg rakyatnya tak de pelajaran..sebab semua subsidi dari kerajaan kalau menang. Saya bercakap melalui pengalaman, saya malas belajar tp bila dtg KL tgk org semua gaji besar sebab ada SPM, SRP, DIPLOMA pada ketika itu maka barulah datang keinsafan dan bertungkus lumus belajar kelas malam untuk mendapatkan sijil dan gaji setaraf mereka. Dari gaji 350 pada tahun 1989 dengan adanya diploma gaji saya naik ke 900 pada tahun 1992.
BalasPadamJadi rasanya sekarang x payah la susah-susah..nanti setiap 2 tahun kerajaan rombak lagi gaji..lama-lama besarlah walaupun otak KOSONG..inikah yang kita mau..RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL.
gaji pokok = gaji minimum, adakah mcm ni:
BalasPadamgaji basic 600 + allowance2 = gaji minimum @900
mohon penjelasan.... tqvm
Betul apa yang tuan fahamkan dan ia disebut sebagai penstrukturan semula gaji. Ia hanya melibatkan bayaran-bayaran tunai sebagaimana dalam takrifan “gaji” di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, apa-apa bayaran bukan gaji yang dikecualikan dalam takrifan “gaji” di bawah seksyen 2 Akta Kerja 1955, tidak boleh distrukturkan semula sebagai gaji minimum dalam penstrukturan semula gaji. Proses ini boleh dilakukan hanya sekali.
PadamContoh allowances yang dibayar tunai :
Kedatangan
Makan
Syif
Keselamatan (Bayaran insentif keselamatan) (seperti perintah)
Pos berkawal di pedalaman
Rumah (contractual) (not in lieu of housing) (jika rumah tidak disediakan)
Panas
Saguhati (pekerja ladang)
Service point
Habuk/Bising
Kemahiran (position elaun)
Khas
Tanggungjawab (Profesional/pengurusan)
Berdiri (Kilang)
Penerbangan (pramugara/pramugari)
Tugas tambahan
Saya berkerja di syarikat insuran dgn gaji RM500 shj. Baru mula bekerja pada 15/06/2013. Majikan saya berkata gaji saya hanya RM 500 shj. Kalau bekerja lama akan dinaikkan gaji tersebut tetapi saya x tahu berapa. Saya bekerja hanya seorang di syarikat ini. Kadang-kadang saya ada kerja luar mengikut perintah majikan. Saya merasakan gaji RM500 itu tidak padan dengan kerja yang saya buat, dalam ofis lg, kerja luar lg, minyak kreta pun nak kene kira jgak. Setahu saya kerja kat mana2 sekarang ni, basicnya lebih kurang RM650. Tetapi kenapa majikan ada lg yg Tidak mengikuti perkembangan, ataupun majikan tu sendiri pentingkan diri sendiri
BalasPadamTolong bagi penjelasan di atas ulasan saya ini. Saya nak tahu mcmane supaya saya boleh buat keputusan samaada mencari kerja lain
BalasPadamUntuk mendapatkan penjelasan sila hubungi Jabatan Tenaga Kerja yang terdekat
BalasPadamsaya kerja dgn kontrak perladangan sebagai mandur.Gaji dibyr rm25 sehari pd Febuari 2010.Elaun terakhir saya terima pd hujung tahun 2011.Jumlah gaji sy kini RM25 sehari x 26 ha +elaun transport RM100 + elaun telefon RM50 + elaun tanggungjawab RM100 Sebulan (tiada peruntukkan cuti umum,tahunan,sakit dan lain-lain). Sejak gaji minima dan dimaklumkan semua pekerja sudah menerimanya, sering tanya pd majikan hinggakan sy diarahkn undur diri.Bila difikirkan tanggungan anak dan keluarga sy terpaksa lupakan kenaikkan trsebut .Semenjak itu tekanan emosi dan bebanan kerja saban hari bertambah.' Altenatif ' majikan agar sy undur brjaya pd 8/10/201. Majikan tawarkan RM800 kalau sy brhenti (tanpa nyata dan tunjukkan gaji bersih)@ sy cuma dpt dibawah RM200 shj setelah ditolak semua pinjaman aidilfitri,epf dan lain2.Dgn terpaksa sy terima kerana byran sunnah aidiladha dan byran2 keperluan lain serta ditegaskan tiada pinjaman aidiladha utk sy (pekerja lain dpt .) persoalannya...apa yg patut sy lakukan sekarang.??sy binggung!!.
BalasPadamSila hubungi Jabatan Tenaga Kerja terdekat
Padamsay bekerja dihotel
BalasPadambasic 500.
point 300.
dengar kata ini market price dibatu pahat johor
tolong dapatkan clear keterangan,
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamBagaimana sebuah syarikat memperuntukkan 6 jam kerja sehari tanpa memberi waktu rehat, 6 hari bekerja kadang-kadang 7 hari dan tidak memberi gaji minimum dengan alasan tidak cukup 8 jam waktu bekerja.
BalasPadamSila berhubung dengan Jabatan Tenaga Kerja terdekat
Padam