Jawatan Kosong Pembantu Am (Pusat Pembelajaran) di OUM Kelantan
Majikan : Open University Malaysia
Alamat : Jalan Sultan Yahya Petra, 15200 Kota Bharu
Telefon : 09-7418604
Jawatan : Pembantu Am (Pusat Pembelajaran)
Kekosongan : L = 0, P = 0, L/P = 1
Kelayakan : SRP/PMR keatas
Keterangan :
• Warganegara Malaysia sahaja
• Sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan akademik Tamat Darjah 6/Sijil Rendah Pelajaran (SRP) / Penilaian Menengah Rendah (PMR) / Sijil Penilaian Menengah(SPM) atau kelayakan lain yang bersesuaian
• Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan baik
• Kemas dan boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik
Bidang Tugas Dan Tanggungjawab Utama :
• Memastikan tahap kebersihan seperti tandas, ruang pejabat, bilik mesyuarat, pantry, bilik seminar termasuk ruang koridor dan tingkap di dalam dan di luar bangunan sentiasa bersih
• Memastikan penyusunan kerusi dan meja yang teratur dan kemas di bilik seminar sebelum dan selepas sesi tutorial termasuk kebersihan papan putih
• Memastikan lanskap pokok dan pokok bunga dijaga dengan baik
• Membantu di dalam kerja-kerja penyelenggaraan kecil yang mudah dan tidak membahayakan serta tidak memerlukan kepakaran seperti pembersihan penapis penyaman udara dan lain-lain yang difikir bersesuaian
• Membantu menyediakan dan minuman dan makanan untuk tetamu dan mesyuarat
• Membantu melaksanakan tugas salinan fotokopi (Photostat) dan mencarik (shredding) kertas serta dokumen yang tidak digunakan
• Membantu perjalanan operasi sekiranya diperlukan
• Lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan dari masa ke semasa
# Calon yang berminat diminta menghantar biodata/butiran peribadi (CV) yang lengkap berserta no telefon, salinan kad pengenalan dan sekeping gambar terkini berukuran passport sebelum 07 hb. Disember 2016 ke alamat berikut :-
Pusat Pembelajaran Kelantan
Open University Malaysia
Jalan Sultan Yahya Petra,
15200 Kota Bharu
Telefon : 09-7418604; Faks 09-7418601
# Tarikh Tutup : 07 hb. Disember 2016
" kerja adalah ibadah "