.

Memaparkan catatan dengan label career. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label career. Papar semua catatan

Rabu, 19 Ogos 2015

Public Mutual Kota Bharu Career Week

Public Mutual Kota Bharu Career Week

Date :
24 – 28 August 2015
Venue :
Excellent Hall,
Public Mutual Kota Bharu
Jalan Kebun Sultan
15300 Kota Bharu

Isnin, 11 Mei 2015

Bimbingan Kerjaya Berkelompok (Siri 4/2015)

Bimbingan Kerjaya Berkelompok (Siri 4/2015)

Tarikh :         11 Mei 2015

Tempat :       Pusat JobsMalaysia (JMC) Kota Bharu, Wisma PERKESO, Kota Bharu.






Isnin, 16 Februari 2015

Bimbingan Kerjaya Berkelompok (Siri 1/2015)

Bimbingan Kerjaya Berkelompok (Siri 1/2015)

Tarikh : 16 Februari 2015

Tempat : Pusat JobsMalaysia (JMC) Kota Bharu, Wisma PERKESO, Kota Bharu.





Panduan Penyediaan Resume dan Tatacara Temduga

Program Bimbingan Kerjaya Berkelompok (BKB)

Pengenalan Program

Program ini akan dilaksanakan satu kali pada setiap bulan (Hari Isnin) minggu ke-3 di Pusat JobsMalaysia Kota Bharu. Semuanya secara PERCUMA.

Objektif Program

Memberi maklumat /pendedahan kepada para pencari kerja/pelajar tentang teknik penyediaan resume  dan panduan menghadiri temuduga.

Cadangan Tarikh :

Januari






Julai
27 Julai 2015
Februari
16 Februari 2015
Ogos
10 Ogos 2015
Mac
16 Mac 2015
September
14 September 2015
April
13 April 2015
Oktober
12 Oktober 2015
Mei
11 Mei 2015
November
16 November 2015
Jun
15 Jun 2015
Disember
14 Disember 2015

Tentatif Program :

Masa
Aktiviti
10:00 pagi
-
Pendaftaran Peserta
10:15 pagi
-
Ceramah 'Penyediaan Resume'
11:15 pagi
-
Rehat/ Minuman Ringan
11:30 pagi
-
Ceramah 'Panduan Temuduga'
12:30 t.hari
-
Bersurai

Tempat :

Pusat JobsMalaysia (JMC) Kota Bharu
Tingkat Bawah, Wisma PERKESO,
PT 304 – 307, Jalan Kota Darul Naim,
15150 Kota Bharu

Sasaran Peserta

Peserta yang akan terlibat/dijemput untuk menghadiri program ini adalah di kalangan pelajar-pelajar IPT/Kolej/sekolah dan juga pencari kerja yang berdaftar secara manual di Pusat JobsMalaysia Kota Bharu. Selain itu pihak JMC  Kota Bharu juga akan membuat hebahan program melalui blogspot JMC dan pencari kerja yang berminat untuk mendengar sesi taklimat ini boleh mengisi borang penyertaan yang disediakan.

Bilangan Peserta

Anggaran bilangan peserta untuk setiap kali program diadakan adalah 15 – 20 orang. Tempat adalah terhad. ‘First come first serve’

Kandungan Program

A.       Penyediaan Resume

i.      Kegunaan Resume
ii.     Resume Vs CV
iii.     Kandungan Resume
iv.   Ciri-Ciri Resume Berjaya
v.     Surat Iringan
vi.   Kesilapan Yang Biasa Ditemui Dalam Resume
vii.    Praktikal Pembinaan Resume

B.        Tatacara Temuduga

i.      Tatacara Semasa Temuduga
ii.    Soalan Yang Biasa Ditanya
iii.     Rancang Perjalanan
iv.   Dandanan/ Pakaian
v.     Asas Pemilihan Calon
vi.   Mengapa Gagal Temuduga


Calon yang ingin menyertai Program ini sila berhubung dengan Puan Rosilawati di rosilawati@mohr.gov.my atau telefon 09-7419878

Khamis, 26 Jun 2014

Keputusan A Bahasa Inggeris Dalam SPM, Tetapi Tidak Mampu Bertutur Dengan Baik


Ramai majikan kecewa dengan pencari kerja daripada kalangan "generasi Y" yang umumnya mempunyai kelulusan baik mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksan tetapi kemahiran berkomunikasi yang lemah, terlalu dimanjakan bagi menangani sebarang tekanan, dan ingin cepat naik pangkat walaupun tiada pengalaman.

Rekrut Gen Y, berbanding generasi sebelumnya, juga kurang tertarik dengan faedah pekerjaan yang ditawarkan majikan seperti insurans perubatan dan bonus tetapi lebih tertarik terhadap ganjaran wang tunai serta merta bagi prestasi yang ditunjukkan, lapor hasil tinjauan di kalangan kumpulan majikan dan pengusaha syarikat.

Ini adalah antara petunjuk bagi 20 sikap pencari kerja masa kini yang sebahagian besarnya berpunca daripada dasar pendidikan pada tahun-tahun sebelumnya yang tidak menekankan kepentingan bahasa Inggeris, kata kumpulan pendidikan sekolah.


Malah, Parent Action Group for Education (Page) percaya semua dasar ini mencipta sebuah "generasi hilang punca" yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris lebih lemah berbanding generasi sebelumnya dan terlepas perubahan di sekolah yang memberi manfaat kepada generasi akan datang.

Setiausaha Persekutuan Majikan Malaysia, Datuk Shamsudin Bardan berkata, kaji selidik beberapa tahun lalu di kalangan ahlinya mendapati 60% daripada mereka yang dikenal pasti lemah dalam bahasa Inggeris menjadi masalah utama rekrut muda.

Satu kajian hampir serupa turut dijalankan pada September tahun lalu oleh agensi pengambilan pekerjaan atas talian JobStreet.com yang mendapati 55% pengurus kanan dan syarikat yang mengambil bahagian berkata, penguasaan bahasa Inggeris yang lemah adalah sebab utama pengangguran di kalangan mahasiswa.

Lulusan sekolah juga yang mempunyai gred A dan B bagi subjek Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga tidak boleh bertutur, kata Shamsudin.

"Itulah sebabnya kami teruja apabila kerajaan mengambil keputusan mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang kami rasakan mampu meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris mereka.

"Malangnya ia dibatalkan selepas tujuh tahun apabila kita sepatutnya membenarkan ia diteruskan bagi tempoh 14 hingga 15 tahun untuk melihat keberhasilannya.

"Ketidakupayaan bertutur dan memahami bahasa Inggeris (antara lepasan sekolah) merupakan aduan yang sering diterima di kalangan ahli kami," kata Shamsudin. MEF mempunyai 4,800 ahli dan 21 pertubuhan gabungan pengusaha.

Ia merupakan kumpulan majikan terbesar yang secara kolektif menggunakan dua pertiga daripada 2.2 juta penduduk bagi sektor swasta secara rasmi.

Christopher Raj daripada Persatuan Majikan Hotel berkata, daripada 10 pemohon kerja dalam sektor hospitaliti, lapan atau sembilan tidak boleh berbahasa Inggeris.

"Masalah itu adalah teruk dan bukan sahaja melibatkan belia lepasan sekolah tetapi juga graduan dari universiti-universiti tempatan. Anda bertanya mereka dalam bahasa Inggeris dan mereka menjawab dalam BM.

"Graduan kolej swasta jauh lebih baik," kata Raj, yang juga ahli majlis MEF.

Memandangkan undang-undang imigresen tidak membenarkan pihak hotel mengupah pekerja asing yang lebih mahir berbahasa Inggeris bagi kakitangan di bahagian hadapan di mana keperluan berbahasa Inggeris sangat penting, kebanyakan hotel besar terpaksa menganjurkan kursus bahasa Inggeris untuk pekerja baru mereka.

Kursus-kursus direka untuk membina keyakinan terhadap pelatih bagi kakitangan restoran dan kaunter bertutur dalam bahasa itu, kata Raj.

Pengerusi Page, Datin Noor Azimah Abdul Rahim (gambar) berkata, matlamat sekunder PPSMI adalah untuk memberi lebih banyak peluang kepada pelajar mengamalkan bahasa Inggeris – satu langkah penting dalam meningkatkan penguasaan.

Matlamat pertama adalah untuk membantu pelajar beraliran sains melakukan peralihan ke universiti dan kolej di mana hampir semua buku rujukan sains adalah dalam bahasa Inggeris.

"Kemahiran bagi mana-mana bahasa adalah berkaitan dengan amalan. PPSMI mewujudkan lebih banyak peluang kepada pelajar untuk berlatih," katanya sambil menambah Page berkempen bagi pihak kerajaan untuk membenarkan sekolah meneruskan dasar itu.

Kerajaan menghentikan PPSMI pada 2011, tujuh tahun selepas ia dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah. Alasan yang diberikan adalah kadar kenaikan yang kecil sahaja dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Bagaimanapun Noor Azimah berkata, kajian menunjukkan dalam peperiksaan Matematik dan Sains di mana pelajar diberi pilihan sama ada menjawab dalam bahasa Inggeris atau bahasa Melayu, lebih 90% pelajar sekolah rendah Tamil menjawab dalam bahasa Inggeris.

Di sekolah-sekolah kebangsaan, kajian yang sama menunjukkan bahawa 60% pelajar memilih menjawab dalam bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu.

Di samping lemah bahasa Inggeris, majikan seperti Raj turut mengadu pencari kerja muda berusia 20-an seolah-olah tidak dapat menangani tekanan dengan baik atau bekerja dari peringkat bawah.

"Graduan hari ini datang dari kolej dan ingin cepat menjadi pengurus, tanpa sebarang pengalaman. Anda tidak boleh memarahi mereka dan mereka juga tidak boleh menangani tekanan," kata Raj, yang berpengalaman selama 33 tahun dalam bidang perhotelan.

Shamsuddin dari MEF mengatakan pekerja berusia 20-an yang digelar sebagai generasi Y adalah "gelisah" berbanding generasi sebelumnya.

"Mereka lebih tertarik dengan apa yang ada di depan mata berbanding di masa hadapan. Mereka kurang tertarik kepada faedah seperti bonus tahunan, perubatan, persaraan.

"Malah, mereka mahu bonus tahunan diberi pada kadar bulanan setiap bulan," katanya.

"Saya rasa ia kerana persekitaran ekonomi hari ini. Syarikat perlu bergerak pantas untuk bersaing dan ia membentuk sikap pekerja." – 26 Jun, 2014.

Dari Malaysian Insider
OLEH SHERIDAN MAHAVERA

Published: 26 June 2014

Selasa, 24 Jun 2014

Ahad, 28 April 2013

Program Pengajian Latihan Kemahiran Dalam Bidang Kraf

Program Pengajian Latihan Kemahiran Dalam Bidang Kraf

Pihak pengurusan PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA melalui Institut Kraf Negara (IKN) menawarkan program pengajian latihan kemahiran dalam bidang kraf secara sepenuh masa. Pengiktirafan Kelayakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Setaraf dengan IPTA Tempatan

Permohonan boleh dibuat secara online di http://www.ikn.gov.my  

Borang permohonan juga boleh didapati di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan seperti mana alamat berikut : 
                            
          Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
          Cawangan Kelantan
          KM10, Jalan Kuala Krai,
          16010, Kota Bharu,
          Kelantan
          Tel : 09-721 6266 / 77

Tarikh Tutup Permohonan 15 Mei 2013.


Rabu, 13 Mac 2013

Soalan Lazim Tentang JobsMalaysia

Soalan Lazim Tentang JobsMalaysia

1.      Dimanakah saya boleh mendapatkan kefahaman tentang pekerjaan-pekerjaan yang terdapat di Negara ini?
Anda bolehlah merujuk maklumat tersebut di dalam laman web www.jobsmalaysia.gov.my/jcs/jobsm_general/masco.faces di bawah tajuk MASCO 2008 VER 2

2.      Sekiranya saya mendapat panggilan temuduga, dimanakah saya boleh merujuk untuk mendapatkan panduan dan nasihat menghadiri temuduga yang berkesan?
Anda boleh menghubungi atau mengunjungi semua Pusat JobsMalaysia (JMC)/ Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran untuk mendapatkan bantuan.

3.      Saya telah mempunyai pekerjaan, bolehkah saya mendaftar lagi di JobsMalaysia?
Boleh, pendaftar di JobsMalaysia adalah terdiri dari berbagai kategori pencari kerja seperti penganggur ataupun sedang berusaha meningkatkan kerjaya atau ingin menukar kerjaya atau ingin menukar lokasi kerja dan lain-lain.

4.      Perlukah saya menghantar biodata (resume) kepada jabatan tuan untuk memohon jawatan melalui JobsMalaysia?
Tidak perlu, pemohon hanya di kehendaki mengisi dengan lengkap semua maklumat yang di perlukan dalam borang permohonan. Walaubagaimanapun dokumen yang mengandungi maklumat tersebut serta dokumen lain yang berkaitan perlu di bawa semasa temuduga berlangsung.

5.      Sekiranya saya telah ditawarkan sesuatu jawatan, bolehkah saya menolak atau enggan menerima tawaran tersebut?
Anda berhak membuat keputusan samada menerima atau menolak sesuatu tawaran pekerjaan yang dibuat meskipun anda pernah memohon untuk jawatan tersebut.

6.      Saya memiliki Ijazah, bolehkah saya memohon jawatan yang lebih rendah kelayakannya di dalam JobsMalaysia?
Boleh, JobsMalaysia tidak menghalang tuan memohon jawatan yang lebih rendah dari kelayakan tuan. Sila buat carian yang sesuai dan ambil langkah yang perlu seperti menghubungi majikan berkenaan.

7.      Bagaimanakah saya hendak mengetahui maklumat mengenai Karnival Pekerjaan yang terkini kelolaan jabatan tuan?
Anda boleh melayari laman web www.jobsmalaysia.gov.my dan merujuk kepada kalendar aktiviti untuk mengetahui jadual Karnival Pekerjaan yang terkini.

8.      Bolehkah saya memohon jawatan di sektor Awam melalui JobsMalaysia?
Boleh, melalui JobsMalaysia anda boleh memohon di sektor awam dan juga disektor swasta.

9.      Apa itu MOEMC dan apakah peranannya?
MOEMC ialah singkatan Malaysia Oversea Employment Management Center; dan ia adalah pusat untuk pengurusan rakyat Malaysia yang ingin bekerja ke Luar Negara bertujuan untuk menyelaras penghantaran pekerja ke luar negara serta mengukuhkan perlindungan ke atas masalah dan aduan warganegara yang bekerja di luar negara.

10.    Jika saya berminat untuk bekerja di luar negara, bolehkah saya mendaftar di JobsMalaysia?
Boleh, diawal maklumat pendaftaran pihak tuan akan ditanyakan tentang minat tuan untuk tujuan tersebut. Sila buat pilihan yang sesuai dan pihak tuan akan dimaklumkan jika terdapat peluang pekerjaan diluar Negara yang bersesuaian.