.

Isnin, 22 Februari 2010

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

Jawatan Kosong di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia

(LPP) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang bertanggungjawab memajukan pergerakan Pertubuhan Peladang di seluruh negara mempelawa warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan-jawatan berikut:

Jawatan : Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
Gred Jawatan : E27

Jawatan : Pembantu Akauntan
Gred Jawatan : W17

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred Jawatan : N17


TEMPOH PERCUBAAN

Semua lantikan ke jawatan seperti di atas dikehendaki melalui tempoh percubaan antara 1 hingga 3 tahun dan boleh disahkan dalam perkhidmatan setelah lulus peperiksaan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan jawatan berkenaan.

CARA MEMOHON

Permohonan hendaklah menggunakan ‘Borang Permohonan Pekerjaan’ yang boleh didapati di laman web LPP dan disertakan salinan sijil-sijil akademik/transkrip, kad pengenalan (yang disahkan), penama untuk rujukan serta sekeping gambar berukuran passport dan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas penjuru kiri sampul surat.

Iklan boleh di muat turun di : http://lpp.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=7b2e5822-36dd-4824-b3e1-6a7d42409bc9&groupId=51779

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 02 Mac 2010 (Selasa).

Permohonan dihantar terus kepada:


KETUA PENGARAH
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG
BLOK C UTARA, PUSAT BANDAR DAMANSARA
KARUNG BERKUNCI 11005
50990 KUALA LUMPUR
(u/p: Bahagian Khidmat Pengurusan)


" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan