.

Ahad, 5 September 2010

Permohonan Guru Sandaran Terlatih

Permohonan Temu Duga Pelantikan Guru Sandaran Terlatih Keluaran Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)

Syarat & Kelayakan Asas

- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa pada tarikh tutup iklan

- Kelayakan
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; atau
ii. Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan; dan
iii. Mendapat kepujian Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

- Permohonan dibuka kepada graduan pendidikan keluaran IPTA sahaja.

- Calon yang telah disahkan Senat Universiti telah tamat pengajian dan layak dianugerahkan Ijazah/Diploma berkenaan juga layak memohon.

Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Aplikasi e-GST:

[PERMOHONAN SECARA ONLINE ]

Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2010

" SERIBU LANGKAH BERMULA DARI LANGKAH PERTAMA"
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan