.

Isnin, 27 Disember 2010

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas

Iklan Jawatan Kosong Majlis Daerah Pasir Mas

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan di Majlis Daerah Pasir Mas sebagaimana di bawah. Keutamaan diberikan kepada Rakyat Negeri Kelantan, Darul Naim.

Jawatan : Penolong Jurutera (J29)
Syarat lantikan
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
c) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian atinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
d) Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh kerajaan.

Jawatan : Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N17)
Syarat lantikan
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan
c) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh kerajaan. Dan
d) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan setaraf dengannya oleh kerajaan.
e) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer

Cara Memohon

1. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan MDPM 1 yang boleh didapati di Majlis Daerah Pasir Mas dengan harga RM2.00
2. Semua permohonan hendaklah ditulis Nama Jawatan atas sampul Surat sebelah kiri.
3. Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut :-

Yang DiPertua
Majlis Daerah Pasir Mas
17000 Pasir Mas
Kelantan

4. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan sijil lahir, salinan sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik dan lain-lain dokumen yang berkaitan yang disahkan.

Tarikh Tutup Permohonan : 7 Januari 2011

" anok kelatae buleh krejo belako "
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan