.

Ahad, 22 Mei 2011

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Jawatan Kosong Di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR)

Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dengan sukacita mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) :-

Jawatan : Akauntan

(a) Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang LKKS 1 – Pin. 1/05 Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang boleh di dapati melalui laman web KESEDAR di www.kesedar.gov.my. atau datang sendiri ke Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat KESEDAR, 18300 Gua Musang, Kelantan.

(b) Semua borang permohonan hendaklah dilengkapkan dan disertakan salinan sah Kad Pengenalan, Sijil lahir, Sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik (termasuk Ijazah, Diploma – jika berkenaan) dan sekeping gambar berukuran passport.

(c) Pegawai kerajaan yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan menyertakan kenyataan perkhidmatan dan laporan nilaian prestasi terkini.

(d) Permohonan yang lewat diterima dan tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil temuduga.

(e) Tarikh Tutup permohonan ialah pada 31 Mei 2011.

(f) Sila kemukakan permohonan kepada:

Pengurus
Bahagian Pentadbiran Dan Pengurusan Sumber Manusia
Ibu Pejabat Kesedar
18300 Gua Musang
Kelantan

No. Tel: 09-9132200
Email : kesgm@kesedar.gov.my

[KETERANGAN JAWATAN KOSONG]
[BORANG PERMOHONAN]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan