.

Ahad, 22 Mei 2011

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Ketereh

Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Ketereh

Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Negeri Kelantan Darul Naim atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut di MAJLIS DAERAH KETEREH PERBANDARAN ISLAM, 16450 KOTA BHARU, KELANTAN.

1. Penolong Pegawai Kesihatan Dan Persekitaran (Gred U29/U32)
2. Pembantu Penilaian (Gred W17/W22)
3. Pembantu Penguatkuasa (Gred N17/N22)
4. Pembantu Kesihatan Awam (Gred U17/U22)
5. Juruteknik (Gred J17/J22)
6. Pemandu Kenderaan (Gred R3/R6)

Cara Memohon

(a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan Di dalam Perkhidmatan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam yang boleh diperolehi dengan bayaran RM2.00 di Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam (Bahagian Pentadbiran , 16450 Kota Bharu, Kelantan. Borang juga boleh didapati dengan menghantar surat 20cm x 23cm bersetem, wang pos RM2.00 dan beralamat sendiri. Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di kiri sebelah atas sampul berkenaan semasa mengembalikan borong permohonan.

(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan Sijil yang diakui sah oleh pegawai Kumpulan Pengurusan / Profesional serta sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan dokumen- dokumen lain sebagai sokongan.

(c) Permohonan daripada pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan hendaklah mengikut Peraturan 17. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan 2005).

(d) Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar ke alamat berikut :-

Yang Mulia Yang Dipertua
Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam
16450 Kota Bharu
Kelantan.

Tarikh Tutup Iklan : 05 Jun 2011


[MAKLUMAT KEKOSONGAN JAWATAN]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan