.

Rabu, 25 Mei 2011

Jawatan Kosong dI Universiti Putra Malaysia (UPM)

Jawatan Kosong dI Universiti Putra Malaysia (UPM)

Calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan berikut :-

Pegawai Sains - Gred C41

Syarat Lantikan

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(i) Ijazah Sarjana Muda Sains Kepujian/kelayakan yang setara dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dengan mendapat CGPA 3.0 ke atas.

(ii) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

***Keutamaan diberi kepada pemohon yang memiliki ijazah dalam bidang berkaitan dengan Kejuruteraan Aeroangkasa/ Mekanikal atau bidang yang berkaitan sahaja.

Cara Memohon :

Pemohon dikehendaki menggunakan borang Permohonan Jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional (SOK/BUM/BR03/JAWATAN 01) yang boleh diperolehi dengan cara muat turun daripada laman web di http://www.eng.upm.edu.my

Tarikh Tutup : 7 Jun 2011

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dikembalikan tidak lewat dari 07/06/2011 kepada:

Pejabat Dekan
Fakulti Kejuruteraan
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan

[SYARAT KELAYAKAN]
[BORANG PERMOHONAN]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan