.

Ahad, 2 Oktober 2011

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Malaysia yang ke-19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK) ialah Universiti berteraskan keusahawanan yang mengutamakan pendidikan keusahawanan dalam tiga kelompok bidang pengajian iaitu keusahawanan & perniagaan, teknologi kreatif & warisan dan agro-industri & sains sumber asli sejajar dengan visi dan misi yang telah ditetapkan.

Universiti memerlukan individu yang boleh bekerja dengan pengawasan yang minimum (independent), bekerja dalam satu pasukan (teamwork), dinamik, kreatif dan inovatif untuk membangun universiti. Individu yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan seperti berikut :-

1. Jurutera J41
2. Pegawai Tadbir N41
3. Penolong Pegawai Tadbir N27
4. Pembantu Makmal C17
5. Juruteknik J17
6. Pengawal Keselamatan KP11

Cara Memohon

Semua permohonan perlu dibuat secara `on-line’ melalui laman web http://jobs.umk.edu.my/job/ sepenuhnya.

Permohonan yang tidak lengkap diisi secara ‘on-line’ atau tidak menggunakan Sistem Permohonan Jawatan secara ‘on-line’ boleh menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

[SYARAT KELAYAKAN]
[PERMOHONAN SECARA ONLINE]

Tarikh Tutup Permohonan: 15 Oktober 2011


.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan