.

Rabu, 11 Januari 2012

Jawatan Kosong di FAMA

Jawatan Kosong Pembantu Operasi (Gred N5-1) ‘Contract Of Service’ di Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) adalah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut :

Pembantu Operasi (Gred N5-1) Kontrak – 2 kekosongan (Ibupejabat)

Syarat Lantikan :

(a)          Warganegara Malaysia;
(b)          Berumur Tidak Kurang Dari 18 Tahun Pada Tarikh Tutup Iklan Jawatan;
(c)          Memiliki Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(d)          Lesen memandu kelas B/B1/B2/D/E/E1/E2/F/G/H/I/ berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (kecuali lessen memandu dalam tempoh percubaan (P)) dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan berkenaan.

Syarat Kelayakan :

Calon  bagi lantikan  hendaklah  memiliki Kepujian  dalam subjek Bahasa  Melayu pada  peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Cara Memohon :

i.          Calon yang berminat boleh menghantar resume/Curriculum Vitae (CV) atau mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Cawangan Pengurusan Sumber Manusia, Ibu Pejabat FAMA.
ii.         Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
iii.        Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup iklan kepada :

Ketua Pengarah
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Bangunan FAMA Point
Lot 17304, Jalan Persiaran 1
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor.
(u/p : Cawangan Pengurusan Sumber Manusia)

Tarikh tutup permohonan : 13 Januari 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan