.

Ahad, 29 Januari 2012

Jawatan Kosong Di IKIM

Jawatan Kosong Di Institut Kefahaman Islam Malaysia

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad dengan jaminan ( Company Limited by Guarantee ).

Pegawai Tadbir [Gred 41 (1-1)]

Syarat Lantikan :

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan dan pengalaman seperti berikut: 
  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian di dalam bidang pengurusan pentadbiran dari Universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai pengalaman tidak kurang daripada 3 tahun di dalam bidang berkaitan di sektor awam atau swasta;
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam pengoperasian sistem komputer.

Cara Permohonan

Calon-calon yang berminat dipelawa mengemukakan surat permohonan beserta salinan dokumen yang berikut :-

a)        Butir-butir peribadi yang lengkap (resume/ curriculum vitae mengenai kelayakan dan pengalaman)
b)        Sekeping gambar berwarna berukuran passport (tidak dikembalikan)
c)        Salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir dan lain-lain dokumen berkaitan jika ada.

Surat permohonan beserta dokumen hendaklah sampai kepada :

Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
2, Langgak Tunku
Off Jalan Duta
50480 KUALA LUMPUR
(up: Bahagian Pentadbiran)

Tel: 03-62046200 Faks: 03-62014189

sebelum atau selewat-lewatnya pada 14/02/2012 dengan menyatakan nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat tersebut.

Tarikh Tutup Permohonan : 14 Februari 2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan