Jawatan Kosong Di Majlis Daerah Tumpat (MDT)
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak lebih dari 54 tahun pada tarikh tutup iklan, yang berkelayakan dan keutamaan kepada rakyat Negeri Kelantan untuk mengisi jawatan berikut:-
Bil | Jawatan | Gred |
1) | Penolong Jurutera | Gred J29 |
2) | Juruteknik Komputer | Gred FT17 |
3) | Juruteknik Perancang Bandar dan Desa | Gred J17 |
4) | Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) | Gred N17 |
Cara Memohon:
i) Permohonan hendaklah dibuat melalui Borang MDT. 1 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Tumpat, Jalan Hilir Pasar, 16200 TUMPAT, Kelantan dengan harga RM1.00
ii) Pemohon dalam perkhidmatan Kerajaan/Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing‐masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut Perintah Am Bab A17.
iii) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan/surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen‐dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
iv) Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar sebelum atau pada 30 April 2012 kepada:
Yang Dipertua
Majlis Daerah Tumpat
Jalan Hilir Pasar
16200 Tumpat, Kelantan
Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2012
Nota/Catatan Am
(a) Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan kerana menghadiri temuduga adalah tanggungjawab calon sendiri.
(c) Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menggangap permohonan tidak berjaya.
isi on9 xde ke?
BalasPadam