.

Rabu, 4 Julai 2012

Temuduga Terbuka Pekerja Pengeluaran PROTON

Temuduga Terbuka
Pekerja Pengeluaran (Lelaki)

Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd
(100995-U)
Hicom Industrial Estate,
Batu 3, PO Box 7100,
40918  Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
T (+603) 5191 1055 
F (+603) 5191 9120


PROTON  sedang memperkukuhkan  dan memperkembangkan organisasinya. Kami percaya bahawa  kakitangan  adalah faktor asas  kepada  tercapainya aspirasi kami untuk muncul sebagai pendahulu industri automotif.  Sehubungan dengan itu kami memerlukan individu-individu  yang cemerlang untuk menyertai kami  bagi  mengisi kekosongan jawatan di Perusahaan  Otomobil Nasional Sdn. Bhd. Shah Alam Selangor
Temuduga Terbuka PROTON akan diadakan di tempat dan tarikh seperti berikut:

Tarikh 
Masa
Tempat



:
:
:


15 Julai 2012 (Ahad)
8.30 pagi ~ 12.30 tengahari
Pejabat JobsMalaysia Centre
Aras Bawah Wisma PERKESO
Jalan Kota Darulnaim
15200 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim


TUGAS & TANGGUNGJAWAB:

Terlibat secara langsung dalam pemasangan kenderaan bermula dari pemasangan badan kenderaan, mengecat dan pemasangan komponen kenderaan (merapi & akhir)

KELAYAKAN:
§  SPM / Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau setaraf dengannya
§  Umur 18 – 26 tahun
§  Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna

SYARAT-SYARAT:
§  Bawa Kad Pengenalan, sijil asal dan salinan
§  Pakaian kemas dan berambut pendek
§  Tidak dibenarkan memakai seluar jean dan t-shirt berkolar bulat semasa menghadiri temuduga
§  Bawa alat tulis


BINALAH KERJAYA ANDA BERSAMA SYARIKAT AUTOMOTIF TERUNGGUL

Anjuran Bersama Jabatan Tenaga Kerja &
JobsMalaysia Centre Kota Bharu, Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan