.

Ahad, 10 Ogos 2014

Jawatan Kosong Pembantu Penyediaan Makanan Secara Kontrak Di Kementerian Pertahanan

Jawatan Kosong Pembantu Penyediaan Makanan Secara Kontrak Di Kementerian Pertahanan

Jika anda adalah warganegara Malaysia yang berkelayakan, anda adalah dipelawa untuk memohon mengisi jawatan kosong berikut :-
Bertanggungjawab kepada Pegawai Sajian dan Penyelia Asrama yang ditempatkan di Wisma-wisma Angkatan Tentera untuk mengendalikan sepenuhnya kerja-kerja di bahagian dapur dengan tugas-tugas berikut:
(i)     Bertanggungjawab menentukan bahawa kuantiti yang akan dimasak bersesuaian dengan kekuatan harian anggota yang akan makan untuk mengelakkan pembaziran dan menepati menu yang telah ditetapkan.
(ii)    Bertanggungjawab bagi penyediaan dan persiapan bahan-bahan tersebut dicuci bersih sebelum masak.
(iii)   Bertanggungjawab memasak bahan-bahan makanan mengikut menu yang betul dan menentukan semua makanan siap mengikut waktu sajian yang ditetapkan.

Jawatan :                     Pembantu Penyediaan Makanan - Gred N17 (Kontrak)
Tempoh Perkhidmatan :  2 tahun

Syarat lantikan :
Calon-calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut:
(a)    Warganegara Malaysia;
(b)    Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c)    Pesara tentera yang mempunyai kelayakan dan sihat boleh memohon dengan syarat had umur maksimum adalah tidak melebihi 60 tahun;
(d)    i.      Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan (keutamaan kepada calon yang lulus subjek Ekonomi Rumah Tangga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia); [Gaji Permulaan : RM 928.00] atau
ii.     Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang penyediaan makanan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan : RM 1,039.83] atau
iii.     Sijil dalam bidang hotel dan katering daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; [Gaji Permulaan : RM 1,378.22] dan
iv.    Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Kekosongan :
Kekosongan hanya terdapat di negeri-negeri berikut iaitu Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang.

Cara Memohon
Pemohon hendaklah mengisi Borang MINDEF – 1/1999 yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang www.mod.gov.my di ruangan Kerjaya, Sektor Awam, atau mendapatkan borang di alamat seperti berikut:-

i)        Unit Pengambilan, Cawangan Khidmat Awam
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Pintu 02.04, Tingkat 2, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

ii)       Pejabat Tadbir Awam
Markas 1 Briged
Kem Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan

iii)       Pejabat Tadbir Awam
Markas 10 Briged
Kem Terandak
76200 Melaka

iv)      Pejabat Tadbir Awam
93 Depot Pusat Peluru
Kem Mempaga
28600 Bentong
Pahang

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar sebelum atau pada tarikh tutup permohonan ke alamat seperti di bawah :-

Ketua Setiausaha
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tingkat 2, Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR
(u.p: Unit Pengambilan,
Cawangan Khidmat Awam)

Tarikh tutup permohonan : 12 September 2014 (Jumaat)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan