.

Isnin, 1 Februari 2016

Eksesais Pengambilan Bagi Jawatan Konstabel Wanita Dan Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) Tahun 2016


Eksesais Pengambilan bagi jawatan Konstabel Wanita dan Konstabel Sokongan (Lelaki/Wanita) akan diadakan mulai 1/2/2016 hingga 1/3/2016. 

Calon-calon yang telah mendaftar melalui sistem Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi tahun 2014/2015 boleh menghadirkan diri pada tarikh-tarikh dan tempat-tempat yang ditetapkan (Lampiran ’A’).

Sila baca dahulu Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel atau Skim Perkhidmatan Bagi Jawatan Konstabel Sokongan untuk panduan sebelum menghadiri ujian tersebut.

ANDA DIKEHENDAKI MEMBAWA BERSAMA PERKARA-PERKARA BERIKUT :-

1.     Salinan dan bukti mengesahkan telah membuat permohonan melalui SPA tahun 2014/2015.
2.     Kad pengenalan asal dan 1 salinan;
3.     Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;
4.     Sijil SPM, PMR dan Sijil Tertinggi asal dan 1 salinan;
5.     Sijil berhenti sekolah asal dan 1 salinan;
6.     1 salinan kad pengenalan ibu dan bapa, 1 salinan sijil kelahiran ibu dan bapa atau sijil kematian ibu dan bapa;
7.     1 salinan sijil kewarganegaraan (jika ada) bagi calon, ibu dan bapa;
8.     1  keping gambar terkini berukuran pasport;
9.     Pen-ball point, liquid paper serta gam;
10.   Bawa seluar pendek dan t-shirt berlengan pendek untuk pemeriksaan fizikal (Lelaki/Wanita);
11.   Sekiranya anda gagal membawa sijil-sijil asal atau tidak hadir di pusat ujian pada masa yang ditetapkan, anda tidak dibenarkan menjalani ujian pemeriksaan tersebut.
12.   ANDA DIKEHENDAKI BERPAKAIAN SUKAN (TRACK BOTTOM DAN T-SHIRT BERKOLAR)SERTA BERKASUT SUKAN SEMASA MENGHADIRI UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL. (JEANS, KEMEJA-T DAN SELIPAR TIDAK DIBENARKAN).
13.   Anda dikehendaki hadir di pusat ujian pemeriksaan fizikal sebelum jam 9.00 pagi.
14.   Anda dinasihatkan bersarapan pagi sebelum menghadiri Ujian pemeriksaan fizikal.
15.   Calon-calon yang gagal membawa dokumen-dokumen asal dan tidak mencukupi syarat-syarat skim perkhidmatan akan diarahkan balik.
16.   Sebarang kemusykilan, boleh menghubungi talian berikut:- 03-22668347 / 8349 / 8350 / 8351 / (Unit Pengambilan). 


KELANTAN
(IPD KOTA BHARU)
13/02/2016
(SABTU)
KONSTABEL SOKONGAN LELAKI
14/02/2016
(AHAD)
KONSTABEL SOKONGAN WANITA
17/02/2016
(RABU)
KONSTABEL WANITA
18/02/2016
(KHAMIS)
KONSTABEL WANITA


Tiada ulasan:

Catat Ulasan