.

Khamis, 9 Ogos 2012

Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia [keutamaan kepada peranakan Negeri Kelantan] yang berkelayakan untuk mengisi jawatan di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.

Jawatan

Bil
Jawatan
Gred
1
Pegawai Tadbir Negeri (Pegawai Adat Istiadat)
Gred N41
2
Penolong Pegawai Tadbir
Gred N27
3
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
Gred F29
4
Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
Gred N17
5
Penolong Pegawai Wakaf
Gred LS41
6
Ahli Fotografi
Gred B17
7
Juruaudio Visual
Gred N17
8
Pembantu Am Pejabat
Gred N1


Taraf Jawatan :    Kontrak

Cara Memohon

i.      Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan (MUI)Kn, 1/93 dengan mengemukakan sampul surat berukuran 10sm x 23 sm yang beralamat sendiri serta berstem 50 sen atau mengambil sendiri di Bahagian Khidmat Pengurusan, Tingkat 1, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
ii.     Permohonan dari pegawai sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan berserta Laporan Penilaian Prestasi Tahun 2011 / terkini dan kenyataan perkhidmatan yang kemaskini.
iii.     Salinan sah sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat berkaitan bersama gambar berukuran passport dan sampul berstem yang beralamat sendiri hendaklah dikembarkan bersama borang permohonan.
iv.    Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.  

Alamat Permohonan

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABhg. Dato’ Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim,
Lundang,
15200 KOTA BHARU.

 
Sebelum Atau Pada   : 23hb. Ogos, 2012

Perkara Am

Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga.
Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan