.

Selasa, 7 Ogos 2012

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Jawatan Kosong Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan

Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan adalah dipelawa memohon jawatan kosong di Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan (PPAK)


Bil
Jawatan
Gred
1.
Pegawai Tadbir
N41
2.
Pustakawan
S41
3.
Penolong Pegawai Tadbir
N27
4.
Pembantu Tadbir (Perkeranian & Operasi)
N17
5.
Pembantu Setiausaha Pejabat
N17


Cara Memohon:

i.          Permohonan hendaklah menggunakan Borang PPAK 1/2012 yang boleh didapati di Bahagian Pentadbiran, Tingkat 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan dengan harga RM 2.00.
ii.         Permohonan dalam perkhidmatan Kerajaan/ Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan hendaklah memajukan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan Laporan Sulit dan Penyata Perkhidmatan yang terkini mengikut Perintah Am Bab A 17.
iii.        Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan gambar ukuran pasport, salinan kad pengenalan/ surat beranak, sijil berhenti sekolah, sijil persekolahan dan dokumen-dokumen lain berkaitan yang telah disahkan.
iv.        Permohonan yang tidak mengikut peraturan dan lewat diterima tidak akan dilayan.

Alamat Permohonan:

Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:

YABrs. Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan
Jalan Mahmood,
15200 Kota Bharu
Kelantan.


Tarikh Tutup Permohonan : 22 Ogos 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan