.

Rabu, 29 Ogos 2012

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

1.     Juruteknik Komputer      Gred FT17
2.     Pembantu Juruaudit        Gred W17
3.     Penyelia Asrama


Cara Memohon

i.      Permohonan hendaklah dibuat secara Online dengan mengisi maklumat pemohon di laman web rasmi UMP iaitu http://www.ump.edu.my. Calon diwajibkan mencetak Surat Pengesahan Permohonan Online (Selepas tamat mengisi butiran permohonan melalui web rasmi UMP). Permohonan yang tidak dibuat secara Online melalui laman web rasmi UMP tidak akan dilayan.

ii.     Sila nyatakan jawatan yang dimohon di penjuru kiri muka hadapan sampul surat.

iii.     Permohonan yang lengkap beserta dengan salinan-salinan sijil akademik dan lain-lain dokumen berkaitan yang telah disahkan hendaklah dihantar kepada :

Pendaftar,
Universiti Malaysia Pahang,
Lebuhraya Tun Razak,
26300 Gambang, Kuantan,
Pahang Darul Makmur
(U/P : Unit Perjawatan & Cuti Belajar,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Catatan Am

a.     Hanya permohonan yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
b.     Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
c.     Pemohon yang pernah membuat permohonan pada iklan-iklan yang lalu dinasihatkan mengemukakan semula permohonan jika masih berminat dan layak.

Tarikh Tutup Permohonan:

Pada atau sebelum 12 September 2012.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan